CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

dunia STRAwberry

Ilmu adalah segala-galanya bagi el. Mungkin el tak segenius Einstein - Bapa Sains, seagung Al Khawarizmi - Ahli Matematik, seunggul Dr. Ahmad Zewail - Saintis Fizik atau segah JACK St.Clair Kilby - Bapa Mikrocip, tapi bagi diri el, manusia diciptakan untuk berjaya bukannya untuk gagal. Maka, hidup mesti positif yaw!

Inilah dunia el...yang el namakan Dunia Strawberry! Masam, manis, khasiat tinggi, nutrisi luar biasa malah pada zaman Yunani, Strawberry ialah lambang Dewi Cinta!

Segalanya yang ada di sini adalah gambaran sebenar siapa diri el. Inilah CINTA el.

FIKIRKAN SESUATU YANG MUSTAHIL UNTUK CIPTA SESUATU YANG TIDAK MUSTAHIL!!!

31 January 2010

Filem Sang Pemimpi

Filem Laskar Pelangi

29 January 2010

Menarik la cerita ni...PERSEPSI

Persepsi adalah daripada emosi dan emosi bergantung pada apa yang ada dalam hati.
Persepsi mungkin ada pengaruhnya dengan tahap pendidikan, pengaruh sekeliling dan lebih utama adalah mindset seseorang. Ada sebuah kisah ringkas yang menceritakan tentang sudut persepsi berbeza seseorang terhadap sesuatu.
Seorang ayah yang sedang nazak, di hadapan isterinya, dia berpesan dua perkara kepada dua orang anak lelakinya.
Pertama : Jangan pernah menagih hutang kepada orang yang berhutang dengan kamu
Kedua : Jika keluar berniaga, jangan sampai wajah kamu terkena cahaya matahari
Masa terus berlalu dan beberapa tahun selepas ayahnya meninggal dunia, anak yang sulung bertambah kaya sementara anak yang bongsu semakin miskin. Ibu mula bertanyakan hal ini kepada kedua-dua orang anaknya.
Jawab si bongsu:
"Ini kerana aku menuruti pesan ayah. Ayah pesan jangan pernah menagih hutang dengan orang yang berhutang dengan aku. Akibatnya, modalku jatuh kerana orang yang berhutang dengan aku tidak pernah membayar sementara aku tidak boleh menagih,"
"Ayah juga berpesan, kalau keluar berniaga tidak boleh terkena sinaran matahari maka aku terpaksa menaiki bas atau teksi sedangkan aku boleh berjalan kaki saja untuk sampai ke tempat berniaga. Ini menyebabkan pengeluaran aku semakin bertambah,"
Jawapan anak yang sulung pula,
"Kekayaan ini semua adalah kerana aku mentaati pesanan ayah. Ayah berpesan aku tidak boleh menagih hutang kepada orang yang berhutang dengan aku maka aku tidak pernah memberi hutang kepada sesiapa dan impaknya modalku tidak pernah merosot,"
"Pesan ayah yang keduanya, kalau keluar berniaga, wajahku tidak boleh terkena cahaya matahari, maka aku keluar sebelum matahari terbit dan pulang setelah matahari terbenam, kerana kebiasaan itu, perniagaan aku semakin maju kerana punya tempoh masa berniaga yang lama berbanding pesaing lain,"

17 January 2010

Paranormal Activity - filem seram WAJIB tonton!

Allo all! 15 Januari 2010, hari lahir adik El, Syafini. Kami raikan bersama di rumah. El sponsor makan! Selepas makan - makan, El ajak Syafini, Ciko (bakal adik ipar) dan naim pergi menonton filem Paranormal Activity. Memang best!!! Filem seram yang penuh suspen dan lain daripada lain. Kali terakhir El rasa perasaan takut sampai keluar panggung ialah ketika selepas menonton filem JUON beberapa tahun lepas. Filem Paranormal Activity ni berjaya buat El rasa seram sampai nak tido pun leh teringat lagi. Hebat betul! hehehe.....
16 Januari 2010 pula, El menonton wayang filem Merantau Warrior. Aksi best tapi jalan ceritanya agak goyah dan yang paling sebal ialah watak utamanya, mati. Menyesal ja!!! Rasa macam nak tengok sekali lagi filem Paranormal Activity tu, gara - gara rasa tak puas hati terhadap filem Merantau Warrior. Sempat juga El membeli hadiah hari lahir buat anak kak Hamiza yang menyambut hari lahirnya yang ke-4 tahun.
Kini, El kena fokus pada tugasan Kaedah Penyelidikan yang tarikh akhir serah tugas ialah pada 31 Januari 2010. Wish me, survive!!!

01 January 2010

Selamat Tahun Baru 2010!

Allo all! Hari ni el berazam ;
1. Dapatkan berat badan 60kg
2. Result exam 4.00!
3. Kuasai ilmu dunia kelapa sawit
4. Mesti belajar bahasa baru - Jepun @ Korea
5. Tahun ni lokasi pelancongan el ialah Pulau Redang, Terengganu, Cameron Highlands dan LWOT.
Semoga tahun ni El bertemu Mr Right dan bertukar status! InsyaAllah.
Selamat tahun baru 2010 buat semua!!!