CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

dunia STRAwberry

Ilmu adalah segala-galanya bagi el. Mungkin el tak segenius Einstein - Bapa Sains, seagung Al Khawarizmi - Ahli Matematik, seunggul Dr. Ahmad Zewail - Saintis Fizik atau segah JACK St.Clair Kilby - Bapa Mikrocip, tapi bagi diri el, manusia diciptakan untuk berjaya bukannya untuk gagal. Maka, hidup mesti positif yaw!

Inilah dunia el...yang el namakan Dunia Strawberry! Masam, manis, khasiat tinggi, nutrisi luar biasa malah pada zaman Yunani, Strawberry ialah lambang Dewi Cinta!

Segalanya yang ada di sini adalah gambaran sebenar siapa diri el. Inilah CINTA el.

FIKIRKAN SESUATU YANG MUSTAHIL UNTUK CIPTA SESUATU YANG TIDAK MUSTAHIL!!!

27 March 2010

Pesta Buku eL tahun 2010

Allo all! El bertolak jam 8pm pada 25 Mac dan sampai di KL lebih kurang jam 12:30am. Kawan El. Hasiib atau Cik Asib siap menanti El di Pudu. Kami menuju ke rumah Cik Asib yang terletak di Sri Damansara tapi sebelum tu, kami sempat singgah makan kat Mc'D berhampiran rumah Cik Asib. Lapau!...hihihi... El tidur sebilik dengan Hafizah, kakak Cik Asib. Jam 2:30am baru terlelap.
26 Mac, jam 8am, baru El tersedar. Huish, sampai terlepas Subuh. Huhuhu...letih kot. Lepas mandi dan bersiap, El tolong Cik Asib buat kerja pejabat dia. Dalam jam 10:30am, El, Cik Asib dan Pak cik Haron iaitu ayah Cik Asib bertolak ke pejabat Cik Asib dan seterusnya ke PWTC untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.
El rasa sangat excited sebaik saja tiba di PWTC, suasananya sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Riuh dan sibuk! El meneruskan misi yang telah dirancang dan menyelesaikannya dalam masa dua jam saja sebab El tak nak Cik Asib dan ayahnya terlepas Solat Jumaat. Kami singgah makan tengahari di satu restoran mamak berhampiran Pudu sebelum balik semula ke rumah Cik Asib untuk berehat. Cuaca panas siot.
Jam 8pm, El dan Cik Asib keluar ke One Utama untuk menonton filem 'How To Train Your Dragon' yang tayangannya pada jam 9pm. Malangnya, kami tiba di situ agak lewat untuk mengambil tiket yang telah ditempah so terpaksalah duduk seat depan...F09 dan F10...tak pernah seumur hidup El duduk seat sedepan itu. Fuh!!!
El naik bas yang sepatutnya jam 12:30am tapi jam 1:00am baru sampai. El berada di Butterworth jam 5:30am, 27 Mac dan bersiap sedia atas katil pada jam 6:10am. Satu pengalaman yang menarik dan sangat meletihkan...hehehe...(^,^)

24 March 2010

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010


Jumpa kami di sana!

19 March 2010

Hidup Badminton!

07 March 2010

Fitnah!

Allo all! Hari ni El dapat tahu yang El sedang difitnah oleh seorang hamba Allah. El redha. El yakin, setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. Cuma yang sedihnya, kesian famili El pun terkena sama tak pasal2. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Alhamdulillah. Sampai sini dulu. Take care!

03 March 2010

Final Exam!

Allo all! Kejap je dah bulan Mac. Bermula 12 April sampai 30 April, El akan lalui minggu peperiksaan akhir. Sekarang ni, kena berusaha keras untuk hadapi minggu itu. Dalam minggu yang sama iaitu pada 24 April ada peperiksaan MUET pulak. Nasib baik bukan 'speaking'. Kalau tak, masalah jugak El nanti sebab tak sempat nak prepare. hehehe... Fuh! Ada dua lagi tugasan yang perlu diselesaikan iaitu JKA101 dan JKP101. El harap sempatlah study untuk final kali ni. Wish me da best k. (^_^)