CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

dunia STRAwberry

Ilmu adalah segala-galanya bagi el. Mungkin el tak segenius Einstein - Bapa Sains, seagung Al Khawarizmi - Ahli Matematik, seunggul Dr. Ahmad Zewail - Saintis Fizik atau segah JACK St.Clair Kilby - Bapa Mikrocip, tapi bagi diri el, manusia diciptakan untuk berjaya bukannya untuk gagal. Maka, hidup mesti positif yaw!

Inilah dunia el...yang el namakan Dunia Strawberry! Masam, manis, khasiat tinggi, nutrisi luar biasa malah pada zaman Yunani, Strawberry ialah lambang Dewi Cinta!

Segalanya yang ada di sini adalah gambaran sebenar siapa diri el. Inilah CINTA el.

FIKIRKAN SESUATU YANG MUSTAHIL UNTUK CIPTA SESUATU YANG TIDAK MUSTAHIL!!!

17 August 2011

InsyaAllah by Hafiz AF7 dan Ucapan Hafiz AF7 untuk Hafiz FC




Ramadhan 2011

Allo all! Lamanya El tak update blog. Sibuk dengan rutin seharian dan ditambah pula dengan masalah komputer suka meragam sedikit sebanyak membantutkan semangat El untuk mengemaskini blog kesayangan El ni. Alhamdulillah, tepat 1 Ogos iaitu bersamaan dengan 1 Ramadhan, El kembali bertugas di tempat kerja El sebelum ini setelah 3 bulan menggantikan bos sepanjang beliau cuti bersalin. El bersyukur sangat dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberi oleh bos dengan sehabis baik. Menariknya juga, tahun ini El menerima cuti Raya tanpa perlu dimohon terlebih dulu. El dapat cuti dari malam Raya sehinggalah Raya ketiga. Gumbira rasanya...hehehe... Selain itu di tempat kerja El telah menerima seorang lagi teman kerja baru, Puan Ainnd, yang bertukar dari Hospital Pulau Pinang.

Pada 11 Ogos 2011, kawan baik El telah selamat melahirkan bayi sulungnya iaitu Muhammad Naufal. Bayi yang sangat comel itu dilahirkan selepas waktu berbuka puasa. El benar-benar gembira dengan kehadiran orang baru dalam 'keluarga' kami berempat. Selamat datang baby Naufal!


Pada 13 Ogos 2011 pula, akhirnya El berpeluang bertemu secara langsung dengan Hafiz AF7. Jam 5pm Hafiz dan Akma AF3 memulakan acara petang dengan kuiz dan memberi hadiah daripada Astro. El ada menjawab satu soalan daripada Akma iaitu El perlu menyanyikan lagu Ketika Cinta Bertasbih sempena sinetron itu di Indo Pek. Selain daripada itu, El lebih sibuk merakam gambar dan video gelagat dan persembahan Hafiz. Pada pandangan El, Hafiz memang seorang selebriti yang cukup mudah didekati dan tak hairanlah kenapa sehingga ke hari ini ramai peminatnya masih setia mengikuti perkembangan Hafiz. El rasa cukup bertuah kerana diberi kepercayaan oleh Hafiz untuk merakam ucapannya sempena Ramadhan dan Syawal buat Hafiz FC. Pastinya ini menjadi antara memori manis El sepanjang 2011.