Salam...
Setelah sekian lama tidak mengemaskini blog, kali ni eL nak buat perubahan. Ya, segala-galanya berubah untuk menjadi yang lebih baik. Kita tak boleh putus asa untuk berubah dan lebih positif dalam kehidupan kerana kehidupan merupakan amanah dan tanggungjawab daripada Allah SWT untuk kita jalani sebagai hambaNya. InsyaAllah.
Alhamdulillah...sejak akhir-akhir ini, minat dan keghairahan eL terhadap buku-buku dan cerita-cerita keagamaan semakin bertambah dan utuh. eL berharap semua itu dapat menjadikan eL muslimah yang lebih baik dari sehari ke sehari. Sesungguhnya, masih terlalu banyak hal yang perlu eL perbaiki dan pelajari dalam aspek pengetahuan agama eL. Semoga Allah SWT mempermudahkan bagi eL mendalami segala ilmuNya. Amin.
Selain itu, eL sedang sarat memikirkan tentang kajian akhir tahun pengajian eL. Sebenarnya, eL masih mencari-cari tajuk dan topik yang tepat untuk dikaji. eL seboleh-bolehnya tidak mahu tersalah langkah kerana apa yang eL pelajari daripada pengalaman lalu, selain sebuah kajian itu harus bernas dan berguna, kita juga harus tahu keterbatasan kita dalam memperolehi dan menguasai maklumat kajian kita sendiri. Setakat ini, dalam kotak idea eL ada dua topik yang tidak kurang menariknya iaitu halangan interaksi orang pekak dan masyarakat dan proses pemulihan penagih dadah melalui buku motivasi atau novel realiti. Mudah-mudahan eL diberikan ilham dan petunjukNya dalam memilih yang terbaik untuk masa depan eL. Amin.
"Berdoalah kamu sekelian kepada Allah dengan perasaan yakin akan dikabulkanNya doamu. Ketahuilah bahwasanya Allah SWT tidak akan mengabulkan doa orang yang hatinya lalai dan tidak bersungguh - sungguh" (HR. Tirmidzi)