CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

dunia STRAwberry

Ilmu adalah segala-galanya bagi el. Mungkin el tak segenius Einstein - Bapa Sains, seagung Al Khawarizmi - Ahli Matematik, seunggul Dr. Ahmad Zewail - Saintis Fizik atau segah JACK St.Clair Kilby - Bapa Mikrocip, tapi bagi diri el, manusia diciptakan untuk berjaya bukannya untuk gagal. Maka, hidup mesti positif yaw!

Inilah dunia el...yang el namakan Dunia Strawberry! Masam, manis, khasiat tinggi, nutrisi luar biasa malah pada zaman Yunani, Strawberry ialah lambang Dewi Cinta!

Segalanya yang ada di sini adalah gambaran sebenar siapa diri el. Inilah CINTA el.

FIKIRKAN SESUATU YANG MUSTAHIL UNTUK CIPTA SESUATU YANG TIDAK MUSTAHIL!!!

21 November 2011

Memori 21 November 2011
(sempena hari kelahiran yang ke-27 tahun)

Andai disingkap suratan lalu
Akal dijurus bertindak deduksi
Hati dilatih Sang Pencipta
Tidak setegar berlian
Tidak selembut bayu
Bertahan sekudrat mungkin
Menghadapi segala ujianNya

Jiwa ini akan terus menjabbarkan
Betapa tinggi nilai kemanusiaan
Nilai cita-cita dan impian
Sedia memberi tanpa dibeli
Atas predikat cinta dan kasih sayang
Demi insan dan hakikat

Setelah hampir tiga dasawarsa
Menerokai pelbagai mozek dekagon
Menjelajahi mancawarna harapan
Masih di sini
Terus mencatat memori
InsyaAllah hingga tiba masa...

Nukilan : Elianie Binti Mohamad

13 November 2011

Lelaki Seperti Aku, Pendam, Ombak Rindu