Salam all! Tahun ni umat Islam mula berpuasa pada 21 Julai 2012. Tiada situasi menarik yang berlaku sepanjang beberapa hari eL berpuasa kali ni. Semuanya lebih kurang sama cuma yang berubah hanyalah tempat tinggal eL yang semakin cantik dan kehadiran sahabat - sahabat yang menyenangkan ketika berbuka puasa di tempat kerja. Tahun ni nampaknya eL perlu bekerja di Hari Raya dan itu bukanlah sesuatu yang baru. InsyaAllah setelah seminggu menyambut Raya, barulah eL akan bercuti pula.
Alhamdulillah, eL lulus dalam mengharungi pengajian eL di tahun 3, PJJ USM. eL rasa tahun 3 ni yang paling eL tidak bersungguh. Kenapa ek?! Tapi mustahil la untuk eL berputus asa sebelum mencuba. InsyaAllah, eL akan mencuba yang terbaik dan sehabis mampu eL untuk menghadapi tahun 4 pula. "Usaha tangga kejayaan, kalau tangga tu patah, naik lif lagi cepat!"...hehehe...
eL akan meneruskan kajian eL mengenai topik ~ Ibu Tanpa Nikah. Bagi eL, topik ini mencabar emosi dan kewibawaan diri eL sendiri. Ini kerana sehingga kini, eL masih belum mampu untuk menerima hakikat bahawa ada di antara segelintir kelompok masyarakat di sekeliling eL yang masih berada di zaman jahiliah atau kurang pegangan agama dan kepercayaan sehingga boleh menganggap kejadian Ibu Tanpa Nikah sesuatu yang lumrah. Yang pasti, eL perlu berlapang dada dan berminda terbuka dalam menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang kajian ini dijalankan kelak. InsyaAllah.
Salam Ramadhan Al-Mubarak...(^_^)
You Came To Me by Sami Yusuf ft Dato Siti Nurhaliza