Salam all!
September berlalu tanpa eL sedar. Jika diimbas kembali segala aktiviti dan memori dalam bulan ini, rasanya takkan lengkap untuk mengungkapkannya satu persatu dengan teliti. Sejak diarah menggantikan tugas penyelaras aduan di tempat kerja, eL rasa masa berlalu begitu pantas. Hari demi hari eL lalui dengan pelbagai cabaran baru yang sebenarnya sangat menarik untuk diisi dalam diari hidup eL. Karenah rakan - rakan sejawatan yang ada pasang surut, permainan rencah emosi dengan ahli keluarga, percaturan pantas untuk soal kerja dan belajar, bekas teman lelaki yang masih ingin terus berbicara, konflik diri dan Maha Pencipta yang masih menjadi topik utama akal fikiran serta pelbagai hal yang turut menyumbang warna dalam kehidupan eL. Ya, adakalanya eL rasa perit dan sukar tapi lebih daripada itu, eL sentiasa rasa bahagia dengan apa adanya. Bagi diri ini, Allah SWT Maha Penyayang dan tiada apa yang boleh menandingi kasih sayangNYA.
![]() |
17-18.9.2012 - Bercuti di Pulau Langkawi bersama rakan sekerja Fatilah dan D'lia Ann |
![]() |
24.9.2012 - Kereta kena langgar lari |
![]() |
28.9.2012 - Selamat Hari Lahir, Azrul Naim Bin Abdul Rahim...Saranghaeyo! |
![]() |
28.9.2012 - Majlis Perpisahan yang ringkas buat rakan sekerja merangkap senior, Nor Hamiza yang telah bertukar tempat kerja ke Hospital Kulim, Kedah |
![]() |
Masih hidup...(^_^) |