CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

dunia STRAwberry

Ilmu adalah segala-galanya bagi el. Mungkin el tak segenius Einstein - Bapa Sains, seagung Al Khawarizmi - Ahli Matematik, seunggul Dr. Ahmad Zewail - Saintis Fizik atau segah JACK St.Clair Kilby - Bapa Mikrocip, tapi bagi diri el, manusia diciptakan untuk berjaya bukannya untuk gagal. Maka, hidup mesti positif yaw!

Inilah dunia el...yang el namakan Dunia Strawberry! Masam, manis, khasiat tinggi, nutrisi luar biasa malah pada zaman Yunani, Strawberry ialah lambang Dewi Cinta!

Segalanya yang ada di sini adalah gambaran sebenar siapa diri el. Inilah CINTA el.

FIKIRKAN SESUATU YANG MUSTAHIL UNTUK CIPTA SESUATU YANG TIDAK MUSTAHIL!!!

31 December 2009

Last Note - 2009


Allo all! Beberapa detik lagi, El akan menginjakkan diri ke tahun baru 2010. Umur jadi 26 tahun, kerja dah masuk 3 tahun dan study masuk tahun ke-2. Pahit manis 2009 terlalu istimewa untuk El lupakan. Tahun ni impian El untuk menjadi seseorang pelajar walaupun PJJ akhirnya menjadi kenyataan. El juga diberikan Allah peluang untuk bercinta dengan jejaka yang paling kacak pernah El couple. Mohd Amin Daniel Bin Aman Razak. Tapi hanya 4 bulan! hehehe...

Tak lupa juga pada kemunculan Mohd Hafiz bin Mohd Suip dalam program Akademi Fantasia 7. El minat Hafiz sangat2!

Lagu yang paling El suka ialah Hampa Hatiku oleh Ungu dan When It Was Good by Flipsyde. Drama tv paling best ialah NurKasih. Filem antarabangsa paling hebat bagi El untuk tahun 2009 ialah G.I. Joe-The Rise of Cobra. Filem melayu pula ialah Papadom.

Tahun ni juga, sahabat - sahabat karib El berhijrah status. Nor Ariza Zainol berkahwin pada hari lahir El iaitu 21 November 2009 dan Syazana Mohamad bertunang pada 13 Disember 2009. Sementara tu, Wan Noor Adani Mohd Yusuf dah mengandung anak kedua. Begitu juga dengan kakak El, Azura. Adik El, Shafini telah berpeluang melancong ke Jepun pada awal tahun ni.

Elianie? (^^,) tidak banyak kemajuan. El juga telah mencapai sedikit sebanyak impian dan melalui kisah sedih yang sukar untuk El ceritakan pada sesiapa. Biarlah El dan Allah SWT saja yang tahu. El masih mencari Mr Right dan peluang untuk menjadi seseorang yang lebih baik. InsyaAllah, El takkan sama sekali berputus asa! Selamat tinggal, 2009!

25 December 2009

Sherlock Holmes Trailer

Sherlock Holmes!


Allo all! Semalam, jam 11:45pm, El menonton filem Sherlock Holmes! Sebagai peminat setia Sherlock Holmes, tentunya ia sesuatu yang sangat mengujakan apabila dapat menontonnya di layar perak. Kalau boleh El nak bagi 10 bintang! hehehe.... Segalanya hebat sehingga El tak tahu bahagian mana yang patut El ceritakan dulu. Lucu, aksi, bijak, bijak dan bijak! Pegi tengok filem ni tau. (n_n)


22 December 2009

Kuala Lumpur 2009

Allo all! Kelmarin, El bertolak ke Kuala Lumpur naik bas Konsortium jam 8:10am. Sampai saja KL, El terus ke Pusat Sains Negara dengan teksi. Memang best sangat!!! PSN sekarang ada DaVinci Exhibition. Sebuah galeri tentang kisah hidup dan segala bentuk ciptaan dan pencapaian Leonardo DaVinci ada dipamerkan. Berbaloi la RM25 tu. hihihi.... Tiga jam El habiskan masa melawat PSN termasuk lunch kat kafeteria dan beli cenderahati, Lebih kurang 4pm, El bergerak ke One Utama Shopping Centre. El singgah di MPH, beli beberapa buah buku, kad ucapan serta kotak hadiah buat ketiga-tiga sahabat baik El. Sempat juga El belikan Safiya satu teddy bear comel. Habis shopping, El dapatkan teksi untuk ke rumah Adani. Sampai ja, El bersihkan diri, bersiap dan bersama Adani sekeluarga, kami menuju ke Restoran Rasa Sayang di Jalan Yap Kwan Seng. Kami berempat dah janji nak berkumpul bersama malam ni. Syazana ada bawa cup cakes yang dibeli di KLCC sementara Ariza yang datang lewat sikit bawa sebuah kek yang sangat istimewa iaitu ada keempat tarikh birthday kami. El pula hadiahkan mereka setiap seorang sepasang kerongsang dan kad ucapan. Uniknya, hari lahir kami berempat hanya punya dua nombor iaitu 1 dan 2. El - 21.11, Syazana - 11.12, Adani - 21.12, Ariza - 22.12. Malam itu, El rasa bersyukur dan happy sangat dapat menghabiskan masa dengan sahabat - sahabat kesayangan El. Buat Nana, Danie dan Ieza, El sayang kalian bertiga. Best Friends Forever ya!
El bertolak pulang ke Butterworth jam 12am dengan menaiki bas 'Pancaran Matahari' (cantik betul la bas ni) dan tiba pada jam 4am. Letih tapi puas dan happy!!!

14 December 2009

Syazana dan Azhan Bertunang!





Allo all! Kelmarin dalam jam 12 tengahari, sahabat baik El, Syazana selamat bertunang dengan pilihan hatinya, Azhan. Yang paling best tentang semua ni ialah kami berempat iaitu El, Syazana, Ariza dan Adani dapat berkumpul serta menghabiskan masa bersama sambil sibuk menyiapkan hantaran Syazana. Memang best sangat. El rasa salah satu perkara istimewa dalam hidup El ialah berpeluang bertemu dan menghabiskan masa dengan 3 orang sahabat baik El ni. El benar - benar mendoakan persahabatan kami berkekalan hingga ke akhir hayat. InsyaAllah....Aminnnn.... Untuk Nana, selamat bertunang, cayang!

10 December 2009

BuSy!!!

Allo all! Sejak kebelakangan ni El sangat sibuk la dengan kuliah, exam dan tugasan sehinggalah 20 Disember nanti. Esok adalah hari lahir sahabat karib El, Syazana dan pada 13 Disember ni pula dia akan bertunang. El doakan Syazana dan Abang Azhan akan kekal bahagia bukan sahaja ke jinjang pelamin malah sehingga ke akhir hayat. InsyaAllah. El juga sedang melalui satu detik yang agak istimewa dalam hidup El sebab El sedang mengenali seseorang yang El rasakan sweet sangat. Mungkinkah dia jodoh El? Segalanya El berserah pada Allah SWT. El redha kerana El sedar diri ini mungkin tidak layak untuk berdampingan dengan insan seperti dia. El cuma boleh nyatakan yang kini El bahagia seadanya. Alhamdulillah. (^^,)