CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

dunia STRAwberry

Ilmu adalah segala-galanya bagi el. Mungkin el tak segenius Einstein - Bapa Sains, seagung Al Khawarizmi - Ahli Matematik, seunggul Dr. Ahmad Zewail - Saintis Fizik atau segah JACK St.Clair Kilby - Bapa Mikrocip, tapi bagi diri el, manusia diciptakan untuk berjaya bukannya untuk gagal. Maka, hidup mesti positif yaw!

Inilah dunia el...yang el namakan Dunia Strawberry! Masam, manis, khasiat tinggi, nutrisi luar biasa malah pada zaman Yunani, Strawberry ialah lambang Dewi Cinta!

Segalanya yang ada di sini adalah gambaran sebenar siapa diri el. Inilah CINTA el.

FIKIRKAN SESUATU YANG MUSTAHIL UNTUK CIPTA SESUATU YANG TIDAK MUSTAHIL!!!

22 December 2009

Kuala Lumpur 2009

Allo all! Kelmarin, El bertolak ke Kuala Lumpur naik bas Konsortium jam 8:10am. Sampai saja KL, El terus ke Pusat Sains Negara dengan teksi. Memang best sangat!!! PSN sekarang ada DaVinci Exhibition. Sebuah galeri tentang kisah hidup dan segala bentuk ciptaan dan pencapaian Leonardo DaVinci ada dipamerkan. Berbaloi la RM25 tu. hihihi.... Tiga jam El habiskan masa melawat PSN termasuk lunch kat kafeteria dan beli cenderahati, Lebih kurang 4pm, El bergerak ke One Utama Shopping Centre. El singgah di MPH, beli beberapa buah buku, kad ucapan serta kotak hadiah buat ketiga-tiga sahabat baik El. Sempat juga El belikan Safiya satu teddy bear comel. Habis shopping, El dapatkan teksi untuk ke rumah Adani. Sampai ja, El bersihkan diri, bersiap dan bersama Adani sekeluarga, kami menuju ke Restoran Rasa Sayang di Jalan Yap Kwan Seng. Kami berempat dah janji nak berkumpul bersama malam ni. Syazana ada bawa cup cakes yang dibeli di KLCC sementara Ariza yang datang lewat sikit bawa sebuah kek yang sangat istimewa iaitu ada keempat tarikh birthday kami. El pula hadiahkan mereka setiap seorang sepasang kerongsang dan kad ucapan. Uniknya, hari lahir kami berempat hanya punya dua nombor iaitu 1 dan 2. El - 21.11, Syazana - 11.12, Adani - 21.12, Ariza - 22.12. Malam itu, El rasa bersyukur dan happy sangat dapat menghabiskan masa dengan sahabat - sahabat kesayangan El. Buat Nana, Danie dan Ieza, El sayang kalian bertiga. Best Friends Forever ya!
El bertolak pulang ke Butterworth jam 12am dengan menaiki bas 'Pancaran Matahari' (cantik betul la bas ni) dan tiba pada jam 4am. Letih tapi puas dan happy!!!

0 comments: