CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

dunia STRAwberry

Ilmu adalah segala-galanya bagi el. Mungkin el tak segenius Einstein - Bapa Sains, seagung Al Khawarizmi - Ahli Matematik, seunggul Dr. Ahmad Zewail - Saintis Fizik atau segah JACK St.Clair Kilby - Bapa Mikrocip, tapi bagi diri el, manusia diciptakan untuk berjaya bukannya untuk gagal. Maka, hidup mesti positif yaw!

Inilah dunia el...yang el namakan Dunia Strawberry! Masam, manis, khasiat tinggi, nutrisi luar biasa malah pada zaman Yunani, Strawberry ialah lambang Dewi Cinta!

Segalanya yang ada di sini adalah gambaran sebenar siapa diri el. Inilah CINTA el.

FIKIRKAN SESUATU YANG MUSTAHIL UNTUK CIPTA SESUATU YANG TIDAK MUSTAHIL!!!

13 April 2010

Peritnya rasa dikhianati...

Allo all! Just nak share perasaan El tentang kak Jenny yang dah menipu El. Bila El minta seseorang berjanji dengan El maka itu bermakna El benar - benar percayakan seseorang tu. Kak Jenny berkali - kali berjanji dengan El akan merahsiakan perkara yang boleh membawa masalah pada El tapi ternyata dia bukan manusia yang amanah. Memanglah dia bukan Islam tapi bukan ke semua agama menyuruh penganutnya melakukan kebaikan bukannya kemusnahan. Kak Jenny benar - benar mengkhianati janji dia pada El. Malah dia dah jatuhkan maruah El dengan bercerita pula pada rakan - rakan yang lain tentang rahsia El tu. Selepas El tau perkara ni, berkali - kali pula dia merayu mohon maaf pada El tapi pengkhianatan yang dia lakukan ni adalah di luar sifat manusia yang kononnya taat perintah agamanya. El akan maafkan dia bila El dah bersedia. Sesungguhnya El pasti, Allah Maha Adil...Dia tahu tapi Dia tunggu...

02 April 2010

Stolen by Jay Sean

Selamat Jalan, Kak Jenny!





Hari ini lebih kurang jam 2pm, El adakan really simple party untuk kakak kesayangan El, Kak Jenny sebab esoknya dia akan berangkat pulang ke Sarawak buat selamanya. Kak Jenny dapat berpindah tempat kerja ke negeri kelahirannya di Kuching, Sarawak. El rasa sedih sangat sebab sekejap saja rasanya saat Kak Jenny bersama kami di Hospital Seberang Jaya ni. El doakan akak success walau di mana juga akak berada dan teruskan sikap akak yang peramah dan baik itu ya. El harap dapat berjumpa dengan Kak Jenny lagi di masa akan datang. InsyaAllah. El sayang kak Jenny and we gonna miss u so much!

Al-Fatihah buat Allahyarham Mior Ahmad Fuad atau Din Beramboi...(T~T)



Innalillahiwainnailaihirajiu'n...El tengah bersiap nak hantar ibu dan adik pergi kerja dan sekolah iaitu lebih kurang jam 7:15am, sewaktu El mendengar berita pemergian Allahyarham Din Beramboi melalui jiran El yang sedang menyapu sampah di sekitar halaman rumahnya. El rasa terkejut dan tidak percaya dan ketika itu El mengharapkan itu hanya sekadar khabar angin. Bila El mendengar sendiri melalui siaran ERA fm bahawa arwah meninggal dunia pada jam 12:30am tadi di Hospital Selayang, barulah El percaya. Sedihnya El rasa hanya Allah yang Maha Mengetahui. Setiap pagi El ketawa bagai nak rak bila dengar celoteh Pak Din yang gila - gila dan kelakar. El juga tak dapat nak membayangkan bagaimana perasaan keluarga dan rakan - rakan seperjuangan arwah kerana sedangkan El yang hanya seorang peminat ini pun dah rasa kehilangan yang amat sangat. El doakan semoga Allah SWT menempatkan arwah di kalangan orang - orang yang dikasihiNya. Al-Fatihah.