
Innalillahiwainnailaihirajiu'n...El tengah bersiap nak hantar ibu dan adik pergi kerja dan sekolah iaitu lebih kurang jam 7:15am, sewaktu El mendengar berita pemergian Allahyarham Din Beramboi melalui jiran El yang sedang menyapu sampah di sekitar halaman rumahnya. El rasa terkejut dan tidak percaya dan ketika itu El mengharapkan itu hanya sekadar khabar angin. Bila El mendengar sendiri melalui siaran ERA fm bahawa arwah meninggal dunia pada jam 12:30am tadi di Hospital Selayang, barulah El percaya. Sedihnya El rasa hanya Allah yang Maha Mengetahui. Setiap pagi El ketawa bagai nak rak bila dengar celoteh Pak Din yang gila - gila dan kelakar. El juga tak dapat nak membayangkan bagaimana perasaan keluarga dan rakan - rakan seperjuangan arwah kerana sedangkan El yang hanya seorang peminat ini pun dah rasa kehilangan yang amat sangat. El doakan semoga Allah SWT menempatkan arwah di kalangan orang - orang yang dikasihiNya. Al-Fatihah.
0 comments:
Post a Comment