Allo all! Jam 5:15pm, 23 September 2010 lalu, El dan adik-adik pergi menonton Magika di Sunway Carnival Mall. Filem Melayu yang sangat kreatif dan menarik pernah El tonton di layar perak setakat ini. Babak yang paling El suka ialah adegan antara Puteri Gunung Ledang lakonan Ning Baizura dengan Bendahara lakonan Sabri Yunus. Kelakar A+ la. Bila teringat ja, boleh tergelak sorang-sorang tau! Lagi satu, El suka perbualan antara Bad dengan Ayu. Antara yang El ingat (lebih kurang la) ~ Ayu : "Eh, tulis nama atas tanah ni, macam orang tengah bercinta pulak,"... Bad : "Ayu, cinta tu apa?". Rasa sweet ja.
Ada jugak adegan yang El rasa 'kureng' sikit. Ketika Bad serang Nenek Kebayan kat rumah Nenek Kebayan. Nyanyi lebih, aksi entah apa-apa. Secara keseluruhannya, semuanya fantastik! El klasifikasikan MAGIKA sebagai Filem Melayu Wajib Tonton!

