CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

dunia STRAwberry

Ilmu adalah segala-galanya bagi el. Mungkin el tak segenius Einstein - Bapa Sains, seagung Al Khawarizmi - Ahli Matematik, seunggul Dr. Ahmad Zewail - Saintis Fizik atau segah JACK St.Clair Kilby - Bapa Mikrocip, tapi bagi diri el, manusia diciptakan untuk berjaya bukannya untuk gagal. Maka, hidup mesti positif yaw!

Inilah dunia el...yang el namakan Dunia Strawberry! Masam, manis, khasiat tinggi, nutrisi luar biasa malah pada zaman Yunani, Strawberry ialah lambang Dewi Cinta!

Segalanya yang ada di sini adalah gambaran sebenar siapa diri el. Inilah CINTA el.

FIKIRKAN SESUATU YANG MUSTAHIL UNTUK CIPTA SESUATU YANG TIDAK MUSTAHIL!!!

06 September 2010

Sedihnya...FB eL Diceroboh...

Sejak kelmarin, laman facebook El diceroboh oleh hacker entah dari mana. El rasa sedih sangat sebab hacker tu dah memalukan El dengan menukarkan gambar profile El kepada gambar yang sangat memalukan. Tak cukup itu, email dan kata laluan pun ditukar sampai El dah tak boleh langsung nak access masuk ke facebook El sendiri. El pasti ini kerja orang yang bermasalah dari segi mental kerana dia sanggup susah payah buat semua ini. El pun pelik, kenapa El yang kena ya? Mungkin juga ada orang yang sengaja nak sakitkan hati El. Ya, El memang sedang syak seseorang tapi El nak biar Allah SWT saja yang balas perbuatan khianat hacker tu. El harap hacker tu tidak mengganggu gugat hak-hak peribadi El yang lain yang ada dalam fb El tu. Apa yang pasti, El takkan berputus asa untuk dapatkan semula facebook El. Takkan sama sekali!!!

0 comments: