CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

dunia STRAwberry

Ilmu adalah segala-galanya bagi el. Mungkin el tak segenius Einstein - Bapa Sains, seagung Al Khawarizmi - Ahli Matematik, seunggul Dr. Ahmad Zewail - Saintis Fizik atau segah JACK St.Clair Kilby - Bapa Mikrocip, tapi bagi diri el, manusia diciptakan untuk berjaya bukannya untuk gagal. Maka, hidup mesti positif yaw!

Inilah dunia el...yang el namakan Dunia Strawberry! Masam, manis, khasiat tinggi, nutrisi luar biasa malah pada zaman Yunani, Strawberry ialah lambang Dewi Cinta!

Segalanya yang ada di sini adalah gambaran sebenar siapa diri el. Inilah CINTA el.

FIKIRKAN SESUATU YANG MUSTAHIL UNTUK CIPTA SESUATU YANG TIDAK MUSTAHIL!!!

25 December 2011

Disember eL...

Salam all! Sepanjang Disember ini, el paling ter'pana' dengan hal kerja el iaitu SBPA - Skim Baru Perkhidmatan Awam. Banyak spekulasi yang el terima dan baca di fb tentang hal ini sebelum el ambil keputusan untuk menandatanganinya tanpa sebarang alasan. Bagi el, hidup tetap perlu diteruskan. Maka el tetap memilih untuk menerima SBPA dan tetap bersara pada usia 56 tahun.

Tanggal 25 Disember juga, sahabat baik el iaitu Mohd Norizan melangsungkan adat pertunangan dengan buah hatinya Suliana di Segamat, Johor. El doakan majlis mereka berjalan lancar dan selamat. Esoknya 26 Disember, sahabat dari zaman kanak - kanak merangkap jiran el iaitu Masyitah Hanim pula bertunang. InsyaAllah, semoga el berpeluang menyertai majlis beliau. El nak sediakan sebuah hantaran untuk Hanim. Seumur hidup sekali saja peluang sebegini tiba.

Pada penghujung tahun 2011 ini, berkemungkinan besar el akan menghabiskan hari - hari el di Batu Feringgi, Pulau Pinang. El teringin nak habiskan bacaan el terhadap beberapa buah buku yang telah lama el ingin tahu kesudahannya. Ini gara - gara tindakan luar normal el baru - baru ini yang tiba - tiba membuat keputusan untuk menginap di sebuah hotel 5 bintang di Persiaran Gurney, Pulau Pinang selama 3 hari 2 malam. Perasaan gembira, tenang dan teruja wujud sepanjang el berada di sana. Bayangkanlah jika bangun saja pagi - pagi terus dapat melihat laut terbentang luas di hadapan kita. Subnallah! Indahnya dunia ciptaan Allah SWT. El ada cuba memohon cuti tambahan untuk melanjutkan penginapan el, malangnya bos el tak restu maka terpaksalah kembali bekerja. Itu antara kenangan terindah el sepanjang 2011. El bersyukur atas segala limpah kurniaanNya dan kasih sayangNya ke atas diri el, hambaNya yang serba kekurangan. Alhamdulillah.




0 comments: