![]() |
Hafiz di AJL25 tahun lepas |
Salam all! Tanggal 29 Januari 2012 pastinya memberi sejuta makna buat Hafiz FC apabila lagu Awan Nano dinobatkan sebagai Juara Lagu ke-26 dan yang paling manis ialah vokal Hafiz diiktiraf sebagai Vokal Terbaik untuk dua tahun berturut - turut.
eL tak dapat menonton Anugerah Juara Lagu kerana pada jam 9 malam adalah masa yang bersamaan dengan masa peperiksaan berterusan eL di USM iaitu untuk subjek JKA 316 ~ Budaya dan Epidemiologi Penyakit. eL hanya sempat mendengar pengumuman kemenangan Hafiz melalui siaran radio Hot FM ketika memandu melewati jambatan Pulau Pinang. Menjerit jugak la sepanjang jambatan tu...hehehe...
eL pasti anugerah tersebut akan mewarnai lagi profil seni Hafiz dan eL doakan Hafiz akan terus melakar lebih banyak kejayaan di masa akan datang. InsyaAllah. Amin.
Di bawah ini adalah video - video dan gambar - gambar yang eL ambil daripada pelbagai media mengenai Hafiz dan Anugerah Juara Lagu 26. Sekali lagi, tahniah Hafiz, Datuk M. Nasir dan Buddhi Hekayat!
![]() |
Teaser Hafiz AJL26 |
Tahniah dari Astro
0 comments:
Post a Comment