![]() |
SS501 - Park Jung Min, Kim Kyu Joong, Kim Hyun Joong, Heo Young Saeng, Kim Hyung Joon
|
Salam all! Dah lama rasanya tak menceritakan sesuatu yang mengujakan diri sendiri pada seseorang. Masih eL teringat satu ketika dulu, eL memiliki 'kemahiran' untuk berucap dengan baik di hadapan sesiapa pun. Ada yang hilang tentang itu dan kini eL kurang bertutur, lebih mendengar dan berterusan berfikir. Rasanya lebih tenang dengan cara begitu. Ya, apa adanya...(^_^)
Tak lama dulu, eL ciptakan sebuah tugasan istimewa buat diri eL agar eL dapat menyibukkan diri dan mencari semula keghairahan hidup melalui cara eL. eL bertemu SS501 melalui 'Korea'. eL belajar banyak ilmu baru melalui kumpulan penyanyi ini. Ilmu pemasaran, ilmu kemanusiaan, ilmu alam dan macam-macam lagi. Mereka berlima buat eL sedar bahawa mereka hanya manusia biasa yang sentiasa berazam untuk melakukan hal-hal yang luar biasa dan sentiasa menghargai setiap peluang yang hadir di depan mata tanpa mengenepikan sama sekali makna sebenar kasih sayang dalam sesebuah perhubungan. Itu juga inspirasi bagi eL.
Namun takkan terbanding dengan keindahan kasih sayang Allah SWT yang sentiasa memayungi kehidupan eL walau seperit manapun hidup yang pernah eL lalui. Perasaan cinta itu buat eL kuat untuk menghadapi segala ujianNya dan membantu eL melihat sesuatu yang buruk sebagai sesuatu yang berhikmah. eL sentiasa percaya bahawa hidup ini adil kerana Allah Maha Adil. eL cinta Allah SWT.
0 comments:
Post a Comment