CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

dunia STRAwberry

Ilmu adalah segala-galanya bagi el. Mungkin el tak segenius Einstein - Bapa Sains, seagung Al Khawarizmi - Ahli Matematik, seunggul Dr. Ahmad Zewail - Saintis Fizik atau segah JACK St.Clair Kilby - Bapa Mikrocip, tapi bagi diri el, manusia diciptakan untuk berjaya bukannya untuk gagal. Maka, hidup mesti positif yaw!

Inilah dunia el...yang el namakan Dunia Strawberry! Masam, manis, khasiat tinggi, nutrisi luar biasa malah pada zaman Yunani, Strawberry ialah lambang Dewi Cinta!

Segalanya yang ada di sini adalah gambaran sebenar siapa diri el. Inilah CINTA el.

FIKIRKAN SESUATU YANG MUSTAHIL UNTUK CIPTA SESUATU YANG TIDAK MUSTAHIL!!!

30 June 2009

Kursus aka Bercuti di Pulau Pangkor...(^^,)



Allo all! Last week, 24-27.06, el kena pegi kursus Perkhidmatan Kaunter Berkualiti sesi 1, 2009. Kursus ni wajib pegi so nak tak nak kenalah hadir. Yang bestnya, el dapat kenal ramai kawan baru dan dapat makan angin jugak! Free lagi. Hehehe...
Ada yang cakap pada el, "Pulau Pangkor ni bukan ada apa pun, cuma pulau ja". Tapi apabila el jejaki sendiri pulau ni, terpapar beberapa perkara menarik yang menambat hati el.
  • di Pulau Pangkor, kebanyakan pengguna kenderaannya tidak mematuhi peraturan jalan raya iaitu seperti pemakaian tali pinggang dan topi keledar.
  • majoriti penduduk Pulau ini berbangsa Cina dan Melayu dan hampir 60-70% adalah nelayan.
  • satu - satunya lokasi peninggalan sejarah di Pulau Pangkor ialah Kota Belanda.
  • di sini cuma ada sebuah balai polis, hospital desa, masjid terbesar, sekolah rendah dan sekolah menengah.
  • merupakan lokasi longgokan ikan bilis yang terbaik dan terkenal terutama ikan bilis mata biru.
  • selain tangkapan hasil laut, pelancongan juga merupakan sumber ekonomi masyarakat setempat.
  • tidak sampai 2 jam diperlukan untuk mengelilingi Pulau Pangkor dengan menaiki van.
  • di Foo Ling Kong Temple dimana terletaknya mini Great Wall of China, terdapat sebuah kolam yang menempatkan 3 ekor ikan sepanjang 5-7 kaki yang digelar 'kucin hitam'.
  • Kos pembinaan bot/kapal di Pulau ini boleh mencecah sehingga RM 1 juta!

Hafiz Af7!







Hafiz Af7 di Majalah REMAJA keluaran Julai, 2009. Dapatkan segera di pasaran!

19 June 2009

MARYAMAH KARPOV, novel terakhir tetralogi Laskar Pelangi


Penulis : Andrea Hirata

Sinopsis
Keberanian dan keteguhan hati telah membawa Ikal ke banyak tempat dan peristiwa. Sudut-sudut dunia telah dia kunjungi untuk mencari A Ling. Apa pun Ikal sedia lakukan demi perempuan itu. Keberaniannya dituntut ketika tanda-tanda keberadaan A Ling tampak. Dia tetap mencari, meski tanda-tanda itu masih samar. Dapatkah keduanya bertemu kembali? Novel ini menceritakan semua hal tentang Laskar Pelangi, A Ling, Arai, Lintang, dan beberapa tokoh dalam cerita sebelumnya. Tetap dengan kata-kata sihirnya, anda akan dibawa Andrea ke dunia kisah yang menakjubkan sekaligus mengharukan. Selamat membaca!


Kegembiraan mampu hindari selsema

MANUSIA yang sentiasa gembira mempunyai kekuatan menghindari selsema tiga kali ganda lebih daripada manusia sebaliknya, menurut satu penyelidikan terhadap sukarela yang diletakkan virus selsema di hidung mereka.

Ahli psikologi, Sheldon Cohen dan rakan kumpulannya dari Carnegie Mellon University, Pennsylvania, juga mendapati manusia yang mempunyai pemikiran positif kurang mengadu mengenai tanda-tanda dijangkiti penyakit tersebut.

Kumpulan itu menjalankan kajian terhadap 300 sukarelawan yang sihat. Pada peringkat awal kajian, sukarelawan tersebut ditemuduga terlebih dahulu selama dua minggu bagi mengetahui kedudukan emosi mereka.

Pemarkahan dijalankan berdasarkan kategori positif seperti gembira, tenang dan perwatakan menarik. Kategori negatif pula akan merangkumi gementar, tertekan dan dan bersikap dingin.

Peringkat seterusnya, penyelidik meletakkan rhinovirus, iaitu kuman yang menyebabkan selsema kepada hidup setiap sukarelawan tersebut.
Kemudian, para peserta akan disoal selama lima hari sama ada mereka telah mendapat tanda-tanda dijangkiti penyakit selsema.

Hasil kajian mendapati mereka yang mendapat markah tertinggi dalam kategori bersifat positif tiga kali lebih kurang dijangkiti penyakit berbanding mereka yang mempunyai lebih ciri-ciri negatif.

''Mereka yang mempunyai emosi positif mempunyai sistem pernafasan yang sukar dijangkiti kuman berbanding sebaliknya,’’ kata Cohen. Ia juga mungkin disebabkan mereka mengamalkan gaya hidup yang sihat. - New Scientist.


Sumber : estidotmy

13 June 2009

Bintang-Bintang AF pilihan eL daripada AF1 -> AF7

AF1 : KHAI
AF2 : ZAHID
AF3 : FUAD

AF4 : HAZIQ
AF5 : AIZAT
AF6 : NUBHAN
AF7 : HAFIZ

13 Jun 2009







Hi, i'm Elianie! Just call me, EL.