
Ahli psikologi, Sheldon Cohen dan rakan kumpulannya dari Carnegie Mellon University, Pennsylvania, juga mendapati manusia yang mempunyai pemikiran positif kurang mengadu mengenai tanda-tanda dijangkiti penyakit tersebut.
Kumpulan itu menjalankan kajian terhadap 300 sukarelawan yang sihat. Pada peringkat awal kajian, sukarelawan tersebut ditemuduga terlebih dahulu selama dua minggu bagi mengetahui kedudukan emosi mereka.
Pemarkahan dijalankan berdasarkan kategori positif seperti gembira, tenang dan perwatakan menarik. Kategori negatif pula akan merangkumi gementar, tertekan dan dan bersikap dingin.
Pemarkahan dijalankan berdasarkan kategori positif seperti gembira, tenang dan perwatakan menarik. Kategori negatif pula akan merangkumi gementar, tertekan dan dan bersikap dingin.
Peringkat seterusnya, penyelidik meletakkan rhinovirus, iaitu kuman yang menyebabkan selsema kepada hidup setiap sukarelawan tersebut.


Hasil kajian mendapati mereka yang mendapat markah tertinggi dalam kategori bersifat positif tiga kali lebih kurang dijangkiti penyakit berbanding mereka yang mempunyai lebih ciri-ciri negatif.
''Mereka yang mempunyai emosi positif mempunyai sistem pernafasan yang sukar dijangkiti kuman berbanding sebaliknya,’’ kata Cohen. Ia juga mungkin disebabkan mereka mengamalkan gaya hidup yang sihat. - New Scientist.
Sumber : estidotmy
0 comments:
Post a Comment