Allo all! Last week, 24-27.06, el kena pegi kursus Perkhidmatan Kaunter Berkualiti sesi 1, 2009. Kursus ni wajib pegi so nak tak nak kenalah hadir. Yang bestnya, el dapat kenal ramai kawan baru dan dapat makan angin jugak! Free lagi. Hehehe...
Ada yang cakap pada el, "Pulau Pangkor ni bukan ada apa pun, cuma pulau ja". Tapi apabila el jejaki sendiri pulau ni, terpapar beberapa perkara menarik yang menambat hati el.
- di Pulau Pangkor, kebanyakan pengguna kenderaannya tidak mematuhi peraturan jalan raya iaitu seperti pemakaian tali pinggang dan topi keledar.
- majoriti penduduk Pulau ini berbangsa Cina dan Melayu dan hampir 60-70% adalah nelayan.
- satu - satunya lokasi peninggalan sejarah di Pulau Pangkor ialah Kota Belanda.
- di sini cuma ada sebuah balai polis, hospital desa, masjid terbesar, sekolah rendah dan sekolah menengah.
- merupakan lokasi longgokan ikan bilis yang terbaik dan terkenal terutama ikan bilis mata biru.
- selain tangkapan hasil laut, pelancongan juga merupakan sumber ekonomi masyarakat setempat.
- tidak sampai 2 jam diperlukan untuk mengelilingi Pulau Pangkor dengan menaiki van.
- di Foo Ling Kong Temple dimana terletaknya mini Great Wall of China, terdapat sebuah kolam yang menempatkan 3 ekor ikan sepanjang 5-7 kaki yang digelar 'kucin hitam'.
- Kos pembinaan bot/kapal di Pulau ini boleh mencecah sehingga RM 1 juta!
0 comments:
Post a Comment