CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

dunia STRAwberry

Ilmu adalah segala-galanya bagi el. Mungkin el tak segenius Einstein - Bapa Sains, seagung Al Khawarizmi - Ahli Matematik, seunggul Dr. Ahmad Zewail - Saintis Fizik atau segah JACK St.Clair Kilby - Bapa Mikrocip, tapi bagi diri el, manusia diciptakan untuk berjaya bukannya untuk gagal. Maka, hidup mesti positif yaw!

Inilah dunia el...yang el namakan Dunia Strawberry! Masam, manis, khasiat tinggi, nutrisi luar biasa malah pada zaman Yunani, Strawberry ialah lambang Dewi Cinta!

Segalanya yang ada di sini adalah gambaran sebenar siapa diri el. Inilah CINTA el.

FIKIRKAN SESUATU YANG MUSTAHIL UNTUK CIPTA SESUATU YANG TIDAK MUSTAHIL!!!

15 July 2009

Album Hafiz Af7 'Masih Jelas'

Akhirnya....album Hafiz, juara Af7 dah pun berada di pasaran pada 14 Julai 2009. Album sulung Hafiz, Masih Jelas mengandungi 9 buah lagu iaitu 5 buah lagu nyanyian Hafiz-Masih Jelas, Noktah Cinta, Watak, Ku Akui, Awan Nano manakala selebihnya adalah lagu - lagu daripada barisan finalis Af7, Aril-Toksid, Akim-Bengang, Yazid-Ya Papa dan Isma-Bisikan...Godaan. Album ini dipasarkan dengan harga RM21.

El sebagai peminat setia Hafiz, rasa agak terkilan jugak la sebab Hafiz tak buat album penuh. Dari satu sudut yang lain, el faham kenapa AESB keluarkan album macam tu. Dengan situasi ekonomi negara sekarang, status penjualan album bukannya memberansangkan sangat. So, sementara bebudak Af7 ni masih 'panas', elok la cepat - cepat ada produk walaupun terpaksa berkongsi album! Tak gitu? huhuhuhu....

Macam mana pun, el tetap akan beli album Hafiz sebab el saaaayang Hafiz!!! El dah ambik cuti esok 16hb sebab nak tengok filem Harry Potter dan Skrip 7707. Pastu, el nak beli album Hafiz. Tak sabar la nak dengar lagu Ku Akui. Katanya, best. Katanya... hehehe... Nanti el komen k. Adios!

0 comments: