CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

dunia STRAwberry

Ilmu adalah segala-galanya bagi el. Mungkin el tak segenius Einstein - Bapa Sains, seagung Al Khawarizmi - Ahli Matematik, seunggul Dr. Ahmad Zewail - Saintis Fizik atau segah JACK St.Clair Kilby - Bapa Mikrocip, tapi bagi diri el, manusia diciptakan untuk berjaya bukannya untuk gagal. Maka, hidup mesti positif yaw!

Inilah dunia el...yang el namakan Dunia Strawberry! Masam, manis, khasiat tinggi, nutrisi luar biasa malah pada zaman Yunani, Strawberry ialah lambang Dewi Cinta!

Segalanya yang ada di sini adalah gambaran sebenar siapa diri el. Inilah CINTA el.

FIKIRKAN SESUATU YANG MUSTAHIL UNTUK CIPTA SESUATU YANG TIDAK MUSTAHIL!!!

16 July 2009

Chef Wan Chef Selebriti Terbaik Dunia!


Minggu lepas, iaitu pada 7 Julai 2009, pakar masak terkemuka, Chef Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan, apabila telah dinobatkan sebagai Chef TV Selebriti Terbaik Dunia di World Gourmand Cookbook and Media Awards 2009 yang diadakan di Paris, awal bulan ini.

Kejayaannya itu bersandarkan kemahiran Chef Wan memasak sambil menghiburkan penonton serta pengalamannya mengendalikan 6,000 rancangan masakan di kaca TV selama 25 tahun berkecimpung dalam dunia masakan.

Malah keupayaan chef itu dalam memberi informasi dalam setiap program masakannya dengan gaya tersendiri dan bersahaja menjadi batu pengukur kejayaannya yang diadakan di Comedie Francaise itu. Personaliti Chef Wan yang peramah dan kelakar juga menjadikan beliau calon paling layak mendapat anugerah tersebut pada tahun ini.

Selain itu juga, buku masakannya Sajian Aidilfitri Bersama Chef Wan terbitan Avon Cosmetic Malaysia 2008 juga diiktiraf sebagai buku kutipan amal terbaik pada anugerah berkenaan selepas berjaya terjual sebanyak 150,000 naskah.

Apa yang membanggakan, menerusi kategori berkenaan, Chef Wan menewaskan peserta lain dari 23 buah negara yang bertanding.

Anugerah World Gourmand Cookbook mula diperkenalkan pada tahun 1995 oleh penulis masakan terkenal Edouard Cointreau dalam memberi penghargaan kepada pakar masakan seluruh dunia selain mempromosikan buku-buku masakan dalam bahasa Inggeris, Cina, Jerman, Sepanyol dan Perancis.
Tahun lalu, sebanyak 102 buah negara mengambil bahagian dan Perancis adalah bandaraya ke-3 yang menganjurkan anugerah berprestij ini selepas China dan United Kingdom (UK).

Tahniah, Chef Wan!!!





dan

0 comments: