Allo! Hidup ni indah kan? hehehe.... itulah ayat untuk perasaan happy. Ada beberapa peristiwa menarik yang berlaku dalam hidup El sejak awal Ogos lalu. Ini rentetannya...,
1. Pada 3 Ogos 2009, Isnin, lebih kurang jam 7 pagi, pintu kereta El - bahagian pemandu dilanggar oleh sebuah kereta Kancil berwarna putih yang mana pemandu kereta tersebut terus melarikan diri sebaik saja kereta El terhenti sedikit - tidak jauh daripada kereta tersebut. Persona El dilanggar di tengah2 laluan bulatan (roundabout) Seberang Jaya. Malang kan? El cuba kejar tapi mustahil kerana kereta itu menghala ke arah lebuhraya Kulim sementara El dalam perjalanan menuju tempat kerja El di Hospital Seberang Jaya. So sape yang faham lokasi kejadian, tahulah kan maksud ayat2 El. Ujian Allah...
2. 8 Ogos 2009, ada satu memori istimewa yang berlaku. Pada hari ini El sepatutnya menghadiri Majlis Hi-Tea Hafizfc di Miri, Sarawak untuk sesi bertemu peminat bersama Hafiz Af7. El tak dapat hadir kerana punya komitmen lain. El sempat mengirim sebuah naskhah tulisan Andrea Hirata - novel Sang Pemimpi, novel kedua daripada tetrologi Laskar Pelangi melalui salah seorang ahli Hafizfc, Puan Zainab Kaderi (terima kasih, Kak Zainab!) untuk disampaikan kepada Hafiz Af7. Hari yang sama, jam 11:28 malam, Kak Zainab menghubungi El dan di hujung talian El terdengar suara yang sangat El minati - HAFIZ!!! What a wonderful moment.... (^^,)

3. Setelah hampir 2 tahun, El dan H ('seseorang') langsung tak bercakap telefon dan pada 15 Ogos 2009, lokasi pula di tapak pesta konvokesyen USM, segalanya berubah! Kami bersembang macam tak pernah ada apa yang berlaku sebelum ini. Kami mengimbas kenangan lalu dan bercerita tentang perkembangan terkini masing2. So sweet!
4. Hari yang sama - 15 Ogos 2009, El berpeluang bertemu dengan seorang doktor dalam bidang pengajian Islam dan Sastera di USM untuk meminjam salinan filem Laskar Pelangi daripada beliau yang El panggil sebagai Pak Ahmad. El sempat berdiskusi dengan beliau beberapa perkara tentang fenomena Andrea Hirata dan novel2nya dan ada beberapa info menarik yang El dapat daripada beliau antaranya yang paling El nantikan iaitu Andrea Hirata akan berkunjung sekali lagi ke Pulau Pinang pada bulan Disember 2009. Itu pun kalau tiada aral melintang. InsyaAllah. El juga tidak sabar hendak mendapatkan DVD original filem Laskar Pelangi yang akan didatangkan khas dari Jakarta, Indonesia buat El. Terharunya. Terima kasih ya Pak Ahmad.
5. Sebaik saja pulang dari kuliah petang hari yang sama 15 Ogos 2009, El terus merebut peluang menonton filem Laskar Pelangi melalui salinan VCD titipan Pak Ahmad tadi. Sebuah filem yang sangat mengharukan dimana walaupun tidak 'sesempurna' seperti novelnya namun tetap berjaya membuat hati sesiapa pun tersentuh dan termotivasi sepenuhnya. Cayalah, laskar pelangi! Seperti kata Pak Harfan "hiduplah untuk memberi sebanyak - banyaknya bukan untuk menerima sebanyak - banyaknya...". Sebuah filem yang wajib ditonton oleh sesiapa pun. Nantikan tayangannya di Malaysia ya. Kalau tidak hujung tahun ini, tahun depan la jawapannya.
6. El rasa terharu sangat dengan beberapa kiriman emel daripada teman2 baru dan lama yang sudi menjadi pembaca setia laman blog ni. Sebenarnya El sengaja tak letakkan gajet Followers sebab El memang buat blog ni untuk suka2, tak lebih daripada tu tapi tak sangka ramai pula yang sudi singgah dan baca serta komen blog ni walaupun hanya melalui emel. El rasa biarlah keadaan ini berlaku seadanya begini. Sekali lagi El ingin berterima kasih sangat atas segala perhatian dan penghargaan yang diberi. Tima ceh ya!
Love u all!
0 comments:
Post a Comment