Ahlan wahsahlan! Allo semua! Hari ni dah masuk hari ke 11 umat Islam berpuasa. Seronoknya bila tiba bulan Ramadhan kan. El tak pernah rasa sukar malah El sangat suka berpuasa. El ada cerita sedih dan menarik tentang 31 Ogos 2009.
Lepas sahur pagi tu, El terus bersiap pergi kerja. El kena kerja syif pagi Merdeka tu. Kerja sibuk macam biasa la. Lebih kurang jam 11 pagi, ibu menghubungi El. Khabarnya, tukang jahit baju kami dah tersilap jahit kain dengan menggunakan saiz orang lain. Ya Allah, berderau darah El menahan marah yang amat. El tak sedar bila air mata ni keluar disebabkan terlalu marah. Ibu cakap, tak pernah dalam sejarah hidup kitaorang baju raya jadi kes macam ni. Balik saja kerja, dalam keadaan yang penat, El minta ibu dan adik-adik bersiap awal sebab nak pergi beli kain baru untuk baju raya. El tunggu diaorang sampai tertidur. Dalam jam 4 petang, ibu kejut El mandi dan solat.
Lepas tu kami sekeluarga bertolak ke Pulau menaiki feri dan menuju ke bazar Chowrosta untuk mencari kain yang sama juga dengan kain raya sebelum ni. Sempat jugak la El belikan adik-adik songkok raya. Jam 6:30 petang, kami tiba di Padang Kota Lama. Di sana, kami bertolak pula secara konvoi dengan bapa, akak, abang ipar dan anak sedara El yang comel sangat menuju ke Hotel E&O untuk berbuka puasa. Adik perempuan El pula memang sedang bertugas di restoran hotel tersebut sementara bakal adik ipar El datang berasingan tetapi sempat tiba sebelum waktu berbuka. Memang best sangat! Selain daripada makanannya yang aneka jenis, famili El dapat berhimpun buka puasa sama - sama. Memang meriah sangat. Yelah, kalau tak masing - masing sibuk kerja ja kan. Selesai berbuka puasa, kami terus menuju pulang ke rumah melalui jambatan Pulau Pinang dalam keadaan kekenyangan.
Sampai saja di rumah, kitaorg terus menonton televisyen. El tak sedar bila El tertidur atas sofa dan sedar - sedar saja dah jam 2 pagi, 1hb 9. El pun apalagi terus mandi dan tukar ke baju tidur. Lepas tu sambung balik tidur dan bila sedar saja dengar ibu menjerit yang jam dah pukul 7:45 pagi. Sah! Kami tak sahur hari ini. Adik El, Azrul Naim, Tingkatan 1 pasti tak dapat pergi sekolah sementara adik bongsu, Azim Haikal, darjah 2, kena bersiap dalam masa 5 minit untuk ke sekolah. Ibu pula dah lewat ke tempat kerja. El memang cuti hari ni. hehehe.... Tepat 8:05 pagi, adik sampai ke kawasan sekolah dan ditemani ibu sehingga ke kelas. Ibu bernasib baik kerana pembantu ibu ada membantu ibu pagi-pagi lagi di kelas tabika beliau.
Em, setakat sini saja buat kali ini. Harap tak berulang lagi kes tak sahur ni. Rasanya, belum terlambat El nak ucapkan Selamat manyambut bulan kemerdekaan dan Selamat berpuasa buat semua pengunjung blog El.
0 comments:
Post a Comment