CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

dunia STRAwberry

Ilmu adalah segala-galanya bagi el. Mungkin el tak segenius Einstein - Bapa Sains, seagung Al Khawarizmi - Ahli Matematik, seunggul Dr. Ahmad Zewail - Saintis Fizik atau segah JACK St.Clair Kilby - Bapa Mikrocip, tapi bagi diri el, manusia diciptakan untuk berjaya bukannya untuk gagal. Maka, hidup mesti positif yaw!

Inilah dunia el...yang el namakan Dunia Strawberry! Masam, manis, khasiat tinggi, nutrisi luar biasa malah pada zaman Yunani, Strawberry ialah lambang Dewi Cinta!

Segalanya yang ada di sini adalah gambaran sebenar siapa diri el. Inilah CINTA el.

FIKIRKAN SESUATU YANG MUSTAHIL UNTUK CIPTA SESUATU YANG TIDAK MUSTAHIL!!!

20 September 2009

Indahnya Raya!





Allo all! Selamat Hari Raya semua!!! Walau apa pun pengalaman raya korang hari ni, el doakan agar ianya adalah antara yang terindah buat korang ya. InsyaAllah.
Pengalaman raya El tahun 2009 ni rasanya lain sikit. Nak dijadikan cerita, tahun ni El kena kerja pada malam raya. Memang kalut la sikit nak siapkan rumah untuk raya esoknya. El balik kerja jam 7 pagi, sampai saja di rumah, El tengok semua dah siap kecuali baju raya belum diseterika dan kuih raya belum dimasukkan ke dalam bekas kuih. Pada mulanya, memang El nak siapkan dulu tugas tersebut tapi tak boleh nak lawan la mata yang mula nak melekat ni. Maka El ambil keputusan untuk tidur sekejap, dalam sejam mungkin. ZZZZzzzzzz.....sedapnya nikmat tidur. Hehehe... semalaman kerja...mana boleh tidur!
Tiba - tiba terdengar suara Atuk, bertanyakan tentang duit raya untuk kanak - kanak yang bertandang raya ke rumah. Sekali celik, dah jam 10 pagi daa... El bangun dengan berbekalkan seluar track dan t-shirt serta muka sangap punya ngantuk dicampur dengan rambut 'serabai', sempat capai duit raya yang telah sedia disampulkan satu RM1, El salam raya dengan budak - budak yang datang bertandang. Selamba. Hihihii....
Jam 11 pagi baru El mandi sunat Aidilfitri, pakai baju kurung Pahang yang baru siap dijahit dan pertama kali El pakai pagi ni. Punyalah teruk tukang jahit tu. Kain baju kurung El siap kena cari pin pulak sebab terlondeh dek kerana pinggangnya besar daripada saiz sebenar pinggang El. Apa saiz pinggang El, tak payahlah susah-susah nak kisahkan. Yang penting, El nyesal!
Dah nak dekat jam 12 tengahari, barulah terhegeh-hegeh nak isi kuih dalam balang. Nasib baik la pagi ni tiada dewasa yang berkunjung ke rumah, kalau tak susah jugak. Kanak-kanak cuma nak duit raya saja, kalau ada yang advanced pun, minum air ja. Tengahari, sahabat-sahabat El dari UKM datang singgah di rumah El sebelum meneruskan perjalanan diaorang ke utara tanah air iaitu Perlis, kampung halaman diaorang. Terima kasih sebab sudi datang rumah El.
Jam beranjak ke 2:30 petang, El mula mengantuk. Nak tak nak, terpaksa El qada tidur El semalam. Macam tadi jugak, bajet kononnya nak bangun jam 4 petang, sekali terbabas lagi ke 5 petang. Terjaga saja El terus menuju ke dapur, bukan nak makan tapi nak siapkan bekal makanan buat sahabat El yang kena bekerja petang hari ni. Yelah, dia tak dapat pulang beraya ke kampung halamannya di hari raya pertama ni maka El kalau boleh nak la dia rasa happy sikit.
Selepas hantar bekal, lebih kurang jam 6 petang, Pak Su sekeluarga dan saudara mara lain bertandang ke rumah. Sibuk juga El dibuatnya. Biasa la, tuan rumah. Em, esok El dah rancang nak balik kampung dan selepas tu nak pergi rumah kawan-kawan baik yang selama ni merantau kat luar negeri (luar Pulau Pinang ar). Masa macam ni je la boleh kumpul balik macam dulu-dulu. eee...tak sabar pulak rasanya.
Setakat sini dulu la. Esok raya lagi!!!

0 comments: