CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

dunia STRAwberry

Ilmu adalah segala-galanya bagi el. Mungkin el tak segenius Einstein - Bapa Sains, seagung Al Khawarizmi - Ahli Matematik, seunggul Dr. Ahmad Zewail - Saintis Fizik atau segah JACK St.Clair Kilby - Bapa Mikrocip, tapi bagi diri el, manusia diciptakan untuk berjaya bukannya untuk gagal. Maka, hidup mesti positif yaw!

Inilah dunia el...yang el namakan Dunia Strawberry! Masam, manis, khasiat tinggi, nutrisi luar biasa malah pada zaman Yunani, Strawberry ialah lambang Dewi Cinta!

Segalanya yang ada di sini adalah gambaran sebenar siapa diri el. Inilah CINTA el.

FIKIRKAN SESUATU YANG MUSTAHIL UNTUK CIPTA SESUATU YANG TIDAK MUSTAHIL!!!

04 May 2010

Ini Tentang Hidup...

Allo all! Di saat El menaip post ni, hati El benar2 sedih dan sangat bersedia untuk melakukan perubahan dalam hidup El. Mungkin El sedikit terpengaruh dengan hasil pembacaan El tentang dunia Harry Potter and The Deathly Hallows. Tapi hati El benar2 meruntun agar El segera melakukan sesuatu dalam hidup El. Ya, sesuatu yang hebat! Ditambah pula dengan keadaan sekeliling El yang seolah2 tidak membenarkan hati El untuk tenang dalam dunia El. Masalah di tempat kerja, pengkhianatan kawan2, kewangan yang tak menentu, keluarga yang sering bergantung harap dan keinginan El yang meluap2 untuk melakukan perkara yang sangat El minati tanpa gangguan sesiapa, semuanya menjadi satu dalam kotak fikiran El sehingga kadangkala El terfikir sampai bila El akan dapat bertahan dengan semua ini.
El dah fikirkan sesuatu. Sesuatu yang mungkin membantu. El fikirkan tentang cuti tanpa gaji, sebuah penginapan yang selesa, tanpa gangguan dan berhampiran laut. El juga fikirkan tentang aktiviti2 yang akan El lakukan untuk mengisi masa ketika berada di situ. Antaranya beribadah, membaca buku, mengarang dan menulis sebuah novel serta melakukan perancangan teliti tentang masa depan. El terfikirkan juga mengenai hal kewangan yang perlu El sediakan untuk percutian istimewa El tu. Sesungguhnya, Allah SWT dah memberi El satu ilham yang istimewa untuk El cuba bagi menyelesaikan masalah kewangan El tu. Belum cuba belum tahu tapi El takkan sama sekali berputus asa. Tidak sama sekali!
Semoga Allah SWT memberkati niat El ini. El ingin mencari semula kekuatan El yang mula goyah, kesan daripada pelbagai peristiwa yang berlaku dalam hidup El. El anggap semuanya adalah ujian Allah SWT untuk El dan amat bersyukur kerana Dia masih sayangkan El. Alhamdulillah.

0 comments: