5 Jun 2010, El bertolak ke Muar jam 11:30pm dan tiba di sana pada 6 Jun 2010, jam 6:30am. El ke rumah Zarina atau panggilannya Ina dengan menaiki teksi dan sebaik saja sampai di rumah Ina kira-kira jam 7am, El terus bersiap dan membantu keluarga Ina apa yang perlu. Majlis akad nikah berlangsung sekitar jam 10:30am dan adat bersanding berlangsung jam 2:30pm. Suasana memang meriah terutama semasa adat membaling manisan kepada tetamu. El happy tengok majlis kahwin Ina berjalan lancar walaupun agak lewat daripada jadual dimana sepatutnya majlis akad nikah berlangsung jam 9:30am, tetapi disebabkan rombongan pengantin lelaki agak lewat maka Tok Kadi/Pak Imam yang terpaksa beransur ke majlis kahwin yang lain dulu sebelum kembali semula ke rumah Ina. Walau macam mana pun, masakan ayam masak cili dalam majlis kenduri Ina memang sedap tahap gaban! Nasi kenduri pun sedap. Sepanjang majlis berlansung, cuaca baik dan agak panas. Jam 5:30pm, El bertolak juga dengan teksi ke stesen bas Bandar Maharani. Di sana, El berjumpa dengan Cik Apis. Kami lepak berdua sampai jam 9pm dan selepas itu, El naik bas pulang semula ke Seberang Jaya. Antara memori yang menarik dalam hidup El!


0 comments:
Post a Comment