CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

dunia STRAwberry

Ilmu adalah segala-galanya bagi el. Mungkin el tak segenius Einstein - Bapa Sains, seagung Al Khawarizmi - Ahli Matematik, seunggul Dr. Ahmad Zewail - Saintis Fizik atau segah JACK St.Clair Kilby - Bapa Mikrocip, tapi bagi diri el, manusia diciptakan untuk berjaya bukannya untuk gagal. Maka, hidup mesti positif yaw!

Inilah dunia el...yang el namakan Dunia Strawberry! Masam, manis, khasiat tinggi, nutrisi luar biasa malah pada zaman Yunani, Strawberry ialah lambang Dewi Cinta!

Segalanya yang ada di sini adalah gambaran sebenar siapa diri el. Inilah CINTA el.

FIKIRKAN SESUATU YANG MUSTAHIL UNTUK CIPTA SESUATU YANG TIDAK MUSTAHIL!!!

27 June 2010

25 Jam - Sehari!

Allo all! Pada 26 Jun 2010, El berjalan - jalan di Taiping dengan Cik Apis. El bertolak ke Bagan Serai - rumah Cik Apis pada jam 9:35am dan tiba di sana sejam kemudian. Selepas bersarapan di rumah Cik Apis, kami terus ke Zoo Taiping. Dah lama El tidak ke sana. Excited! Kami juga singgah di Taiping Sentral dan ada Pameran Kraf kat sana. Memang menarik la. Selepas itu, kami terus ke rumah keluarga Adani yang baru iaitu di Sungai Bakap. Memandangkan El tak biasa dengan kawasan tersebut, El mengajak Cik Apis untuk menemani El. Takut sesat sebenarnya. El rasa seronok sangat dapat bermain dengan Safiya Khadijah dan dapat tengok Safuan Ehsan yang baru lahir pada 9 Jun 2010. Comel betul anak-anak Adani. Jam 9:30pm, El minta diri dan hantar Cik Apis pulang sebelum El kembali ke Seberang Jaya dan tiba sekitar jam 11pm. Satu hari yang panjang dan istimewa. (^,~)















24 June 2010

Pagi Yang Indah...(^_^)

Allo all! Pagi ni El dikejutkan oleh panggilan Cik Apis. Cik Apis terlepas hentian Parit Buntar dan diturunkan di Stesen Bas Sungai Nibong, Pulau Pinang gara - gara tertidur. Kesian Cik Apis, terpaksa tunggu El hampir 1 jam 30 minit sebab El kena hantar ibu ke tempat kerja dan adik -adik ke sekolah, ditambah pula dengan kesesakan di jambatan Pulau Pinang. Maaf ya Cik Apis. El berkesempatan melawat kampung Cik Apis hari ni. Selepas makan Nasi Lemak yang sedap, Cik Apis ajak El jalan - jalan di belakang rumah Cik Apis yang ada sawah padi dan macam - macam jenis pokok. Memang seronok sangat! Macam kata Cik Apis - "pagi yang indah"...(^,^)

12 June 2010

Lagi Majlis Kahwin!

12 Jun 2010, El hadiri dua buah majlis perkahwinan. Satu di Kulim iaitu majlis Dr Hafizah, doktor di Hospital Seberang Jaya dan satu lagi di Sungai Petani iaitu Wahida, sahabat sekelas El sewaktu di Polimas dulu. Hujan lebat sangat tengahari tu jadi kami sekeluarga keluar agak lewat ke Kulim dan sampai di sana pada jam 2:00pm. Sebaik tiba saja, hujan mula reda. El mengalami sedikit masalah untuk meletak kenderaan memandangkan majlis diadakan di kawasan kampung dimana laluan agak sempit. Selesai majlis, kami bertolak ke Sungai Petani melalui jalan lama dan sempat singgah sebentar di sebuah masjid untuk solat Zohor.



Tepat jam 5pm barulah kami tiba di Majlis Perkahwinan Wahida gara-gara tersesat jalan. Majlis tersebut sangat cantik bagi El. Warna tema merah putih dari meja, khemah, pelamin, bilik pengantin sehinggalah ke pakaian pengantin dan keluarga sangat bangkit dan sangat menarik bagi El. Lauk pauk kenduri juga sedap. El sukakan masakan Sarawa Labu. Sedap banget!

08 June 2010

Majlis Kahwin Zarina dan Shukri di Muar, Johor

5 Jun 2010, El bertolak ke Muar jam 11:30pm dan tiba di sana pada 6 Jun 2010, jam 6:30am. El ke rumah Zarina atau panggilannya Ina dengan menaiki teksi dan sebaik saja sampai di rumah Ina kira-kira jam 7am, El terus bersiap dan membantu keluarga Ina apa yang perlu. Majlis akad nikah berlangsung sekitar jam 10:30am dan adat bersanding berlangsung jam 2:30pm. Suasana memang meriah terutama semasa adat membaling manisan kepada tetamu. El happy tengok majlis kahwin Ina berjalan lancar walaupun agak lewat daripada jadual dimana sepatutnya majlis akad nikah berlangsung jam 9:30am, tetapi disebabkan rombongan pengantin lelaki agak lewat maka Tok Kadi/Pak Imam yang terpaksa beransur ke majlis kahwin yang lain dulu sebelum kembali semula ke rumah Ina. Walau macam mana pun, masakan ayam masak cili dalam majlis kenduri Ina memang sedap tahap gaban! Nasi kenduri pun sedap. Sepanjang majlis berlansung, cuaca baik dan agak panas. Jam 5:30pm, El bertolak juga dengan teksi ke stesen bas Bandar Maharani. Di sana, El berjumpa dengan Cik Apis. Kami lepak berdua sampai jam 9pm dan selepas itu, El naik bas pulang semula ke Seberang Jaya. Antara memori yang menarik dalam hidup El!