Allo all! Pagi ni El dikejutkan oleh panggilan Cik Apis. Cik Apis terlepas hentian Parit Buntar dan diturunkan di Stesen Bas Sungai Nibong, Pulau Pinang gara - gara tertidur. Kesian Cik Apis, terpaksa tunggu El hampir 1 jam 30 minit sebab El kena hantar ibu ke tempat kerja dan adik -adik ke sekolah, ditambah pula dengan kesesakan di jambatan Pulau Pinang. Maaf ya Cik Apis. El berkesempatan melawat kampung Cik Apis hari ni. Selepas makan Nasi Lemak yang sedap, Cik Apis ajak El jalan - jalan di belakang rumah Cik Apis yang ada sawah padi dan macam - macam jenis pokok. Memang seronok sangat! Macam kata Cik Apis - "pagi yang indah"...(^,^)

0 comments:
Post a Comment