CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

dunia STRAwberry

Ilmu adalah segala-galanya bagi el. Mungkin el tak segenius Einstein - Bapa Sains, seagung Al Khawarizmi - Ahli Matematik, seunggul Dr. Ahmad Zewail - Saintis Fizik atau segah JACK St.Clair Kilby - Bapa Mikrocip, tapi bagi diri el, manusia diciptakan untuk berjaya bukannya untuk gagal. Maka, hidup mesti positif yaw!

Inilah dunia el...yang el namakan Dunia Strawberry! Masam, manis, khasiat tinggi, nutrisi luar biasa malah pada zaman Yunani, Strawberry ialah lambang Dewi Cinta!

Segalanya yang ada di sini adalah gambaran sebenar siapa diri el. Inilah CINTA el.

FIKIRKAN SESUATU YANG MUSTAHIL UNTUK CIPTA SESUATU YANG TIDAK MUSTAHIL!!!

18 November 2010

Harry Potter and The Deathly Hallows part 1


Jam 11:45 pagi, El menonton filem yang dah lama El tunggu - tunggu ~ Harry Potter and The Deathly Hallows bahagian 1. Kali ni El menonton filem ini dengan perasaan yang amat berbeza. Kalau 6 filem sebelum ni, El tonton dengan perasaan yang sangat berdebar kerana El tak tahu jalan ceritanya tapi kali ni, El lebih excited sebab El dah baca buku terakhir kronologi Harry Potter tu maka El boleh nampak apa yang ada dalam buku tapi tiada dalam filem tersebut. Walau bagaimanapun, filem ini sangat menarik dengan aksi - aksi mendebarkan, emosi yang sangat menyentuh serta komedi yang selamba. El akan menonton lagi filem ini sebagai cara 'balas dendam' El, menanti filem yang durasinya 2 jam 15 minit ni selama lebih kurang 2 tahun untuk menyaksikan kesudahan kisah Harry Potter. Harry Potter and The Deathly Hallows bahagian 2 akan berada di pawagam pada Julai 2011. El dah rasa macam nak beli tiketnya sekarang! Hehehe...

0 comments: