CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

dunia STRAwberry

Ilmu adalah segala-galanya bagi el. Mungkin el tak segenius Einstein - Bapa Sains, seagung Al Khawarizmi - Ahli Matematik, seunggul Dr. Ahmad Zewail - Saintis Fizik atau segah JACK St.Clair Kilby - Bapa Mikrocip, tapi bagi diri el, manusia diciptakan untuk berjaya bukannya untuk gagal. Maka, hidup mesti positif yaw!

Inilah dunia el...yang el namakan Dunia Strawberry! Masam, manis, khasiat tinggi, nutrisi luar biasa malah pada zaman Yunani, Strawberry ialah lambang Dewi Cinta!

Segalanya yang ada di sini adalah gambaran sebenar siapa diri el. Inilah CINTA el.

FIKIRKAN SESUATU YANG MUSTAHIL UNTUK CIPTA SESUATU YANG TIDAK MUSTAHIL!!!

20 November 2010

Syazana dan Azhan Berkahwin!











19 November 2010, sahabat El sejak di Darjah 1, Syazana Mohamad, telah selamat diijabkabulkan di rumahnya dengan Azhan Ahmad oleh ayah Syazana sendiri. Suasana terharu dan gembira menguasai majlis tersebut. Esoknya, 20 November 2010, Majlis Resepsi pula berlangsung di Tapak Ekspo Seberang Jaya. Meriah, sederhana dan manis. Fasha turut hadir bersama keluarga dan teman lelakinya dan bila bertemu, sempat dia jerit "Aaa...elene!". Hahaha... Itu nama timangan El yang dia reka sejak di sekolah menengah lagi. Malangnya, El tak dapat hadir ke satu lagi majlis keraian di rumah Syazana iaitu pada sebelah malamnya kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Macam manapun, El mendoakan agar sahabat kesayangan El ini berbahagia selamanya dengan cintanya. InsyaAllah, amin!

0 comments: