CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

dunia STRAwberry

Ilmu adalah segala-galanya bagi el. Mungkin el tak segenius Einstein - Bapa Sains, seagung Al Khawarizmi - Ahli Matematik, seunggul Dr. Ahmad Zewail - Saintis Fizik atau segah JACK St.Clair Kilby - Bapa Mikrocip, tapi bagi diri el, manusia diciptakan untuk berjaya bukannya untuk gagal. Maka, hidup mesti positif yaw!

Inilah dunia el...yang el namakan Dunia Strawberry! Masam, manis, khasiat tinggi, nutrisi luar biasa malah pada zaman Yunani, Strawberry ialah lambang Dewi Cinta!

Segalanya yang ada di sini adalah gambaran sebenar siapa diri el. Inilah CINTA el.

FIKIRKAN SESUATU YANG MUSTAHIL UNTUK CIPTA SESUATU YANG TIDAK MUSTAHIL!!!

21 November 2012

Hari Lahir ke-28 Tahun!


Apabila genap usia 28 tahun ni, eL dihujani dengan soalan - soalan berkaitan jodoh. eL tak gentar menghadapinya kerana el sendiri belum terbuka pintu hati untuk menerima mana - mana lelaki ke dalam hidup eL buat masa ini.. Lagipun, eL dah bersedia dengan segala kemungkinan hidup. Walaupun tak sempurna, eL tetap akan berusaha sedaya termampu. Namun eL takkan pernah meletak sebarang harapan tinggi terhadap masa depan dan lelaki. Ya, eL masih naif tentang manusia berjantina lelaki. Mungkin sebab eL sendiri tak dibesarkan oleh seorang lelaki bergelar bapa, ayah, abah atau yang sewaktu dengannya. Alhamdulillah, eL masih bahagia. eL sentiasa sedar eL masih banyak khilaf dan eL akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri sebelum ajal menjemput menghadap Yang Maha Esa.
 
Menanti Cinta - Kris Dayanti
 
Sejak lama aku berdiri
Dalam sepinya rongga hati
Tak satu pun burung
Mampu menjawab

Hanya padaMu ku bertanya
Lewat setiap sujudku ini
Siapakah nanti
Cinta untukku

Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah kerana luka tersayat
Merana menantikan kisah dan kasih hidupku
Merana menantikan cinta dan kasih hidupku

Rahsia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

Namun harus ku ikhlaskan semua nasib cintaku padaMu

 
Istikharah Cinta - Sigma

Bersaksi Cinta Diatas Cinta
Dalam Alunan Tasbih Ku Ini
Menerka Hati Yang Tersembunyi
Berteman Di Malam Sunyi Penuh Do'a

Sebut Nama Mu Terukir Merdu
Tertulis Dalam Sajadah Cinta
Tetapkan Pilihan Sebagai Teman
Kekal Abadi Hingga Akhir Zaman

Istikharah Cinta Memanggilku
Memohon Petunjuk-Mu
Satu Nama Teman Setia
Naluriku Berkata

Dipenantian Luahan Rasa
Teguh Satu Pilihan
Pemenuh Separuh Nafasku
Dalam Mahabbah Rindu

Di Istikharah Cinta...

03 November 2012

SHINHWA...saranghae!

Salam all! eL mula membaja hobi baru iaitu menonton drama - drama Korea selepas tertarik menonton drama Playful Kiss dan Personal Taste. eL mula mengenali Shinhwa melalui ketua kumpulan ini iaitu Eric Mun Jung Hyuk daripada lakonannya dalam Que Sera Sera. Lagu pertama yang eL dengar daripada Shinhwa ialah Venus dan kebetulan ketika itu Shinhwa baru saja melakukan 'comeback' setelah 4 tahun berpisah. Rupanya Shinhwa adalah kumpulan K-Pop paling lama bertahan di Korea iaitu 14-15 tahun. eL jatuh hati dengan karakter mereka yang sangat gila - gila dan selamba dalam membawa imej mereka sebagai kumpulan idola di Korea. Selain album baru Shinhwa iaitu The Return, eL juga turut menjadi penonton setia Shinhwa Broadcast dimana el menontonnya melalui You Tube dan eL belum lagi terlepas walau satu episod. Rancangan realiti tv ini benar - benar menceriakan hari eL. Banyak perkara yang eL pelajari daripada Shinhwa antaranya semangat setiakawan dan sentiasa mengekspresikan perasaan terhadap sahabat adalah antara sebab juga Shinhwa mampu bertahan sehingga ke hari ini. Shinhwa San ~ Mansae!
 
Shinhwa Broadcast - Daebak!!!
Kim Dongwan, Shin Hyesung, Eric Mun, Jun Jin, Lee Minwoo, Andy Lee
 
I really loves them!

30 September 2012

September untuk eL...

Salam all!
September berlalu tanpa eL sedar. Jika diimbas kembali segala aktiviti dan memori dalam bulan ini, rasanya takkan lengkap untuk mengungkapkannya satu persatu dengan teliti. Sejak diarah menggantikan tugas penyelaras aduan di tempat kerja, eL rasa masa berlalu begitu pantas. Hari demi hari eL lalui dengan pelbagai cabaran baru yang sebenarnya sangat menarik untuk diisi dalam diari hidup eL. Karenah rakan - rakan sejawatan yang ada pasang surut, permainan rencah emosi dengan ahli keluarga, percaturan pantas untuk soal kerja dan belajar, bekas teman lelaki yang masih ingin terus berbicara, konflik diri dan Maha Pencipta yang masih menjadi topik utama akal fikiran serta pelbagai hal yang turut menyumbang warna dalam kehidupan eL. Ya, adakalanya eL rasa perit dan sukar tapi lebih daripada itu, eL sentiasa rasa bahagia dengan apa adanya. Bagi diri ini, Allah SWT Maha Penyayang dan tiada apa yang boleh menandingi kasih sayangNYA.
 
17-18.9.2012 - Bercuti di Pulau Langkawi bersama rakan sekerja Fatilah dan D'lia Ann
24.9.2012 - Kereta kena langgar lari

27.9.2012 - Jalan - jalan di Gerbang Malam di Bandar Ipoh setelah siangnya penat berkursus Pengurusan Aduan di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Perak selama 3 hari iaitu dari 26 - 28.9.2012
28.9.2012 - Selamat Hari Lahir, Azrul Naim Bin Abdul Rahim...Saranghaeyo!

28.9.2012 - Majlis Perpisahan yang ringkas buat rakan sekerja merangkap senior, Nor Hamiza yang telah bertukar tempat kerja ke Hospital Kulim, Kedah
Masih hidup...(^_^)

02 August 2012

Salam Ramadhan 2012

Salam all! Tahun ni umat Islam mula berpuasa pada 21 Julai 2012. Tiada situasi menarik yang berlaku sepanjang beberapa hari eL berpuasa kali ni. Semuanya lebih kurang sama cuma yang berubah hanyalah tempat tinggal eL yang semakin cantik dan kehadiran sahabat - sahabat yang menyenangkan ketika berbuka puasa di tempat kerja. Tahun ni nampaknya eL perlu bekerja di Hari Raya dan itu bukanlah sesuatu yang baru. InsyaAllah setelah seminggu menyambut Raya, barulah eL akan bercuti pula.
Alhamdulillah, eL lulus dalam mengharungi pengajian eL di tahun 3, PJJ USM. eL rasa tahun 3 ni yang paling eL tidak bersungguh. Kenapa ek?! Tapi mustahil la untuk eL berputus asa sebelum mencuba. InsyaAllah, eL akan mencuba yang terbaik dan sehabis mampu eL untuk menghadapi tahun 4 pula. "Usaha tangga kejayaan, kalau tangga tu patah, naik lif lagi cepat!"...hehehe...
eL akan meneruskan kajian eL mengenai topik ~ Ibu Tanpa Nikah. Bagi eL, topik ini mencabar emosi dan kewibawaan diri eL sendiri. Ini kerana sehingga kini, eL masih belum mampu untuk menerima hakikat bahawa ada di antara segelintir kelompok masyarakat di sekeliling eL yang masih berada di zaman jahiliah atau kurang pegangan agama dan kepercayaan sehingga boleh menganggap kejadian Ibu Tanpa Nikah sesuatu yang lumrah. Yang pasti, eL perlu berlapang dada dan berminda terbuka dalam menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang kajian ini dijalankan kelak. InsyaAllah.
Salam Ramadhan Al-Mubarak...(^_^)
You Came To Me by Sami Yusuf ft Dato Siti Nurhaliza

04 June 2012

Hafiz di Konsert Kenangan Sudirman

03 June 2012

...KAWAN...


Salam all! Entah kenapa hari ni, eL rasa rindu dengan kawan - kawan. Secara tidak sedar, eL terimbau kembali segala memori yang eL lalui dengan insan - insan yang eL gelar kawan. Definisi dan pandangan eL tentang kawan ni pelik sikit. Kalau kali pertama eL bertemu dengan seseorang tu dan naluri hati eL rasa tidak selesa, eL takkan rapat dengan orang tu. Malah eL mungkin takkan bercakap atau akan cari pasal dengan insan tersebut. Ini adalah perkara yang menjadi rahsia utama eL dalam berkawan sejak eL di bangku sekolah rendah lagi. Mudah saja bagi diri eL untuk menilai seseorang kawan. Selagi seseorang kawan tu masih percaya, hormat dan hargai eL, dia akan tetap jadi kawan eL. Biarpun dia pernah marah, benci, kutuk dan melakukan pelbagai perkara negatif pada eL, apabila dia dah sedar dengan kesilapannya dan minta maaf atau jika tak nak minta maaf sekalipun, eL akan tetap terima dia sebagai kawan. Bagi eL, kawan masih manusia biasa. Kawan jadi tak bermakna jika kita terlalu berkira tentang banyak perkara dalam hidup ni. Sekali kata kawan, baik buruknya kita kena terima. eL teringat kata - kata arwah nenek eL "kalau berkawan lama - lama memanglah boleh gaduh sebab dah jemu". Mungkin kita akan jauh seketika dari kawan apabila bertengkar atau sakit hati dengannya tapi itulah saat - saat yang sebenarnya akan merapatkan lagi hubungan kawan.

Namun begitu, ada juga kawan yang eL buang jauh - jauh dari hidup eL kerana mengkhianati eL. Sukar untuk eL kikis rasa sedih dikhianati oleh orang yang kita percayai. Sedangkan kekasih begitu pun kita boleh tinggalkan, inikan pula kawan.

eL tak ramai kawan karib. Kalau dihitung - hitung dari bangku sekolah sehingga sekarang yang masih berhubung dengan eL hanya lima orang. Malah dalam telefon bimbit eL, hanya lima orang ini yang eL senaraikan sebagai BFF (Best Friend Forever). eL juga tengah berfikir untuk tambah dua orang lagi tapi nanti dululah. Aish, bukan mudah la untuk memahami kawan sebagaimana kawan juga sukar untuk menelah diri eL. Apa pun, hidup ini memang indah bila ada kawan. Biarpun untuk tersenyum. Tak gitu, kawan? (^_^)

06 May 2012

SS501 dan sebuah tugasan...



SS501 - Park Jung Min, Kim Kyu Joong, Kim Hyun Joong, Heo Young Saeng, Kim Hyung Joon

Salam all! Dah lama rasanya tak menceritakan sesuatu yang mengujakan diri sendiri pada seseorang. Masih eL teringat satu ketika dulu, eL memiliki 'kemahiran' untuk berucap dengan baik di hadapan sesiapa pun. Ada yang hilang tentang itu dan kini eL kurang bertutur, lebih mendengar dan berterusan berfikir. Rasanya lebih tenang dengan cara begitu. Ya, apa adanya...(^_^)

Tak lama dulu, eL ciptakan sebuah tugasan istimewa buat diri eL agar eL dapat menyibukkan diri dan mencari semula keghairahan hidup melalui cara eL. eL bertemu SS501 melalui 'Korea'. eL belajar banyak ilmu baru melalui kumpulan penyanyi ini. Ilmu pemasaran, ilmu kemanusiaan, ilmu alam dan macam-macam lagi. Mereka berlima buat eL sedar bahawa mereka hanya manusia biasa yang sentiasa berazam untuk melakukan hal-hal yang luar biasa dan sentiasa menghargai setiap peluang yang hadir di depan mata tanpa mengenepikan sama sekali makna sebenar kasih sayang dalam sesebuah perhubungan. Itu juga inspirasi bagi eL.

Namun takkan terbanding dengan keindahan kasih sayang Allah SWT yang sentiasa memayungi kehidupan eL walau seperit manapun hidup yang pernah eL lalui. Perasaan cinta itu buat eL kuat untuk menghadapi segala ujianNya dan membantu eL melihat sesuatu yang buruk sebagai sesuatu yang berhikmah. eL sentiasa percaya bahawa hidup ini adil kerana Allah Maha Adil. eL cinta Allah SWT.

17 April 2012

Hafiz di ABPBH 25

08 April 2012

Hafiz menang Penyanyi Lelaki Popular ABPBH 25 2011

Tahniah Hafiz dan semua pengundi Hafiz! Entah ke berapa kali untuk tahun ni, Hafiz menerima ucapan tahniah. El rasa bertuah bergelar peminat setia Hafiz. El yakin Hafiz akan terus melakar kejayaan demi kejayaan sehingga tidak mustahil suatu hari nanti, Hafiz akan berdiri sebaris Dato' Siti Nurhaliza. Banzai!!!

03 April 2012

Nekad...


Salam. Hanya Allah SWT yang tahu apa yang eL nak dalam hidup eL dan hanya Dia juga yang tahu apa sebenarnya ada dalam jiwa dan minda eL. Biar satu dunia menentang eL, katakan apa saja yang buruk tentang eL, eL akan telan semuanya namun eL takkan putus asa untuk buktikan pada dunia apa yang eL fikir dan nak juga adalah untuk kebaikan mereka. Mustahil bagi eL untuk buat orang lain faham apa yang pernah eL lalui dan alami dalam hidup eL. eL dah terlalu letih dan bosan kerapkali dipandang rendah dan dihina sejak kecil sehinggalah ke saat ini. Ya, eL juga manusia yang ada ego. eL akan hadapi segala serangan dan tekanan ini dengan lapang dada, minda terbuka dan dengan senyuman. eL akan cari semula ketenangan dan kedamaian dalam jiwa el yang diragut oleh diri eL sendiri sebelum ni. Kalaulah mereka faham yang manusia seperti eL cuma perlukan ruang untuk berfikir, dipandu dengan kata - kata hikmah, disirami kasih sayang, itu sudah cukup untuk mereka melihat eL yang mereka inginkan. eL tak pernah harap lebih daripada itu sebab eL sentiasa sedar siapa diri eL. Peliknya apabila mereka menyatakan segala yang eL buat adalah buruk belaka seolah - olah eL tak pernah bertindak baik walau sekali dalam hidup eL. eL redha. Hanya Allah SWT yang lebih tahu. eL dah puas tunjuk perasaan, minta perhatian dan berdiam diri. Kini eL cuma perlu yakinkan diri eL yang dah tak perlukan semua itu lagi sebab mungkin eL memang tak layak untuk semua itu. Maka, saat ini eL nekad untuk diam, diam dan terus diam dan melakukan sesuatu yang drastik demi semua. InsyaAllah, segalanya hanya dengan izin Allah SWT. Amin.
eL yakin di setiap perjalanan hidup yang berliku akan ada sinar cahaya yang akan menyinari apabila tiba masanya...fighting!!!

06 March 2012

The Snow Prince ~ Muhammad Syamil Bin Azhan


Inilah bayi lelaki sulung kawan baik eL, Syazana Mohamad yang selamat dilahirkan pada 5 Mac 2012 lebih kurang jam 11 pagi. Kisahnya, eL ada datang melawat mamanya sehari sebelum dia dilahirkan. Masa tu eL ada bertanyakan nama bayi nanti tapi kawan baik eL masih tak pasti nama mana yang sesuai maka eL pun terfikirkan satu gelaran iaitu 'Snow Prince'. Ada dua sebab kenapa eL boleh tersebutkan gelaran tu. Pertama, eL nak dia putih macam salji, kedua sebab eL minat sebuah lagu dari kumpulan penyanyi Korea SS501 yang bertajuk 'Snow Prince'. Hehehe...actually, semua tu suka - suka ja. Yang pasti, Muhammad Syamil membesar dengan sihat dan tak banyak ragam. Alhamdulillah. Semoga Syamil menjadi anak yang soleh. (^_^)

10 February 2012

Dunia ELianie Binti Mohamad

eL ada satu tabiat. eL suka berimaginasi tentang dunia lain yang sangat indah. Ada tumbuh - tumbuhan hijau yang cantik di sekeliling el, ada banyak haiwan comel yang berkeliaran, ada sungai yang mengalir jernih tidak jauh dari eL, di kejauhan ada gunung - ganang yang dilitupi awanan, udaranya nyaman dan sangat menyegarkan. eL selalu berada di sana jika eL sedang melalui saat - saat yang memeritkan dalam hidup eL. Di sana eL boleh lepaskan segala - galanya tanpa perlu risaukan apa - apa pun dan dunia itu banyak bantu eL untuk bersedia menghadapi dunia realiti. Dunia realiti juga indah cuma imaginasi eL lebih menarik...hehehe...eL ada mencipta sebuah puisi mengenai dunia itu tapi eL belum bersedia untuk mendedahkannya kerana puisi itu terlalu istimewa buat eL. InsyaAllah, mungkin suatu hari nanti, eL akan hadiahkannya kepada seseorang yang paling istimewa dalam hidup eL. (^_^)

05 February 2012

Salam Maulidur Rasul

Hari ini 12 RabiulAwal 1433 Hijrah, Hari Maulid Nabi SAW. eL menghabiskan masa dengan menyiapkan tugasan dan mengulangkaji pelajaran. Sambil itu, eL perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, rasul junjungan yang memiliki akhlak yang mulia dan terpuji di sisi Allah SWT. Kasih sayangnya terlalu indah untuk umatnya. Semoga Allah SWT melimpahkan sebanyak - banyaknya kurniaan dan rahmat ke atas Rasulullah SAW dan memberikannya tempat yang terbaik di sisi Allah SWT. eL juga berdoa semoga eL tergolong dalam kalangan umat Rasulullah SAW yang menerima syafaat baginda di akhirat kelak. InsyaAllah. Amin.

Cahaya Selawat oleh Raihan

31 January 2012

Hafiz ~ Vokal Terbaik dan Juara Lagu!!!



Hafiz di AJL25 tahun lepas
Salam all! Tanggal 29 Januari 2012 pastinya memberi sejuta makna buat Hafiz FC apabila lagu Awan Nano dinobatkan sebagai Juara Lagu ke-26 dan yang paling manis ialah vokal Hafiz diiktiraf sebagai Vokal Terbaik untuk dua tahun berturut - turut.
eL tak dapat menonton Anugerah Juara Lagu kerana pada jam 9 malam adalah masa yang bersamaan dengan masa peperiksaan berterusan eL di USM iaitu untuk subjek JKA 316 ~ Budaya dan Epidemiologi Penyakit. eL hanya sempat mendengar pengumuman kemenangan Hafiz melalui siaran radio Hot FM ketika memandu melewati jambatan Pulau Pinang. Menjerit jugak la sepanjang jambatan tu...hehehe...
eL pasti anugerah tersebut akan mewarnai lagi profil seni Hafiz dan eL doakan Hafiz akan terus melakar lebih banyak kejayaan di masa akan datang. InsyaAllah. Amin.


Di bawah ini adalah video - video dan gambar - gambar yang eL ambil daripada pelbagai media mengenai Hafiz dan Anugerah Juara Lagu 26. Sekali lagi, tahniah Hafiz, Datuk M. Nasir dan Buddhi Hekayat!


Teaser Hafiz AJL26


Hafiz di Karpet Biru AJL26

Persembahan Awan Nano dari Hafiz

Pengumuman Pemenang AJL26

 
Tahniah dari Astro

02 January 2012

Berita Sedih Di Tahun 2012

Salam.
Pada 1 Januari 2012, tepat jam 11:54 malam, el menerima panggilan daripada rakan sejawatan Kak Hanita yang sedang bertugas syif malam mengkhabarkan bahawa Kak Siti Fatimah Binti Din telah kembali ke Rahmatullah. Jenazah dikebumikan pada 2 Januari 2012, jam 11 pagi di tanah perkuburan Masjid Bukit Indera Muda. Serius, el benar - benar terkejut dengan berita tersebut. Kak Siti, memang el maklumi menghidap penyakit Diabetis dan Darah Tinggi cuma el tak sangka pemergian arwah yang agak mendadak ni. Walau bagaimanapun el faham dan sedar, tiada siapa yang mampu menidakkan qada' dan qadar Allah SWT dalam mengambil kembali hambaNya. El pasti setiap sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya dan el juga pasti, el dan rakan - rakan sekerja akan amat merindui ketiadaan Allahyarhamah. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan hamba - hambaNya yang beriman. Amin.
- Al-Fatihah -

Dalam kenangan...Allahyarhamah Cik Siti Fatimah Binti Din

01 January 2012

2012



Salam all. Selamat Tahun Baru 2012! Sambutan kali ni el raikan dengan menonton wayang filem DON 2. Memang best la filem tu walaupun agak klise. Penuh aksi ala - ala Mission Imposibble. Lebih menarik, hanya satu saja lagu yang dinyanyikan dalam filem tu. Secara keseluruhan, 4 bintang la.

Setelah bercuti panjang, pada 1 Januari 2012, el masuk bekerja syif petang sebagai Pembantu Tadbir Pengkeranian Operasi buat pertama kalinya. Memang agak kekok pada mulanya, insyaAllah lama - kelamaan akan jadi kebiasaan la. El harap di tahun 2012 ini, El akan dapat capai satu lagi impian El iaitu menunaikan Umrah sebelum menyambung pengajian di Perancis. InsyaAllah. Semoga Allah SWT memberi kelancaran dan kemudahan untuk El melaksanakan impian tersebut. Amin.