CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

dunia STRAwberry

Ilmu adalah segala-galanya bagi el. Mungkin el tak segenius Einstein - Bapa Sains, seagung Al Khawarizmi - Ahli Matematik, seunggul Dr. Ahmad Zewail - Saintis Fizik atau segah JACK St.Clair Kilby - Bapa Mikrocip, tapi bagi diri el, manusia diciptakan untuk berjaya bukannya untuk gagal. Maka, hidup mesti positif yaw!

Inilah dunia el...yang el namakan Dunia Strawberry! Masam, manis, khasiat tinggi, nutrisi luar biasa malah pada zaman Yunani, Strawberry ialah lambang Dewi Cinta!

Segalanya yang ada di sini adalah gambaran sebenar siapa diri el. Inilah CINTA el.

FIKIRKAN SESUATU YANG MUSTAHIL UNTUK CIPTA SESUATU YANG TIDAK MUSTAHIL!!!

31 December 2009

Last Note - 2009


Allo all! Beberapa detik lagi, El akan menginjakkan diri ke tahun baru 2010. Umur jadi 26 tahun, kerja dah masuk 3 tahun dan study masuk tahun ke-2. Pahit manis 2009 terlalu istimewa untuk El lupakan. Tahun ni impian El untuk menjadi seseorang pelajar walaupun PJJ akhirnya menjadi kenyataan. El juga diberikan Allah peluang untuk bercinta dengan jejaka yang paling kacak pernah El couple. Mohd Amin Daniel Bin Aman Razak. Tapi hanya 4 bulan! hehehe...

Tak lupa juga pada kemunculan Mohd Hafiz bin Mohd Suip dalam program Akademi Fantasia 7. El minat Hafiz sangat2!

Lagu yang paling El suka ialah Hampa Hatiku oleh Ungu dan When It Was Good by Flipsyde. Drama tv paling best ialah NurKasih. Filem antarabangsa paling hebat bagi El untuk tahun 2009 ialah G.I. Joe-The Rise of Cobra. Filem melayu pula ialah Papadom.

Tahun ni juga, sahabat - sahabat karib El berhijrah status. Nor Ariza Zainol berkahwin pada hari lahir El iaitu 21 November 2009 dan Syazana Mohamad bertunang pada 13 Disember 2009. Sementara tu, Wan Noor Adani Mohd Yusuf dah mengandung anak kedua. Begitu juga dengan kakak El, Azura. Adik El, Shafini telah berpeluang melancong ke Jepun pada awal tahun ni.

Elianie? (^^,) tidak banyak kemajuan. El juga telah mencapai sedikit sebanyak impian dan melalui kisah sedih yang sukar untuk El ceritakan pada sesiapa. Biarlah El dan Allah SWT saja yang tahu. El masih mencari Mr Right dan peluang untuk menjadi seseorang yang lebih baik. InsyaAllah, El takkan sama sekali berputus asa! Selamat tinggal, 2009!

25 December 2009

Sherlock Holmes Trailer

Sherlock Holmes!


Allo all! Semalam, jam 11:45pm, El menonton filem Sherlock Holmes! Sebagai peminat setia Sherlock Holmes, tentunya ia sesuatu yang sangat mengujakan apabila dapat menontonnya di layar perak. Kalau boleh El nak bagi 10 bintang! hehehe.... Segalanya hebat sehingga El tak tahu bahagian mana yang patut El ceritakan dulu. Lucu, aksi, bijak, bijak dan bijak! Pegi tengok filem ni tau. (n_n)


22 December 2009

Kuala Lumpur 2009

Allo all! Kelmarin, El bertolak ke Kuala Lumpur naik bas Konsortium jam 8:10am. Sampai saja KL, El terus ke Pusat Sains Negara dengan teksi. Memang best sangat!!! PSN sekarang ada DaVinci Exhibition. Sebuah galeri tentang kisah hidup dan segala bentuk ciptaan dan pencapaian Leonardo DaVinci ada dipamerkan. Berbaloi la RM25 tu. hihihi.... Tiga jam El habiskan masa melawat PSN termasuk lunch kat kafeteria dan beli cenderahati, Lebih kurang 4pm, El bergerak ke One Utama Shopping Centre. El singgah di MPH, beli beberapa buah buku, kad ucapan serta kotak hadiah buat ketiga-tiga sahabat baik El. Sempat juga El belikan Safiya satu teddy bear comel. Habis shopping, El dapatkan teksi untuk ke rumah Adani. Sampai ja, El bersihkan diri, bersiap dan bersama Adani sekeluarga, kami menuju ke Restoran Rasa Sayang di Jalan Yap Kwan Seng. Kami berempat dah janji nak berkumpul bersama malam ni. Syazana ada bawa cup cakes yang dibeli di KLCC sementara Ariza yang datang lewat sikit bawa sebuah kek yang sangat istimewa iaitu ada keempat tarikh birthday kami. El pula hadiahkan mereka setiap seorang sepasang kerongsang dan kad ucapan. Uniknya, hari lahir kami berempat hanya punya dua nombor iaitu 1 dan 2. El - 21.11, Syazana - 11.12, Adani - 21.12, Ariza - 22.12. Malam itu, El rasa bersyukur dan happy sangat dapat menghabiskan masa dengan sahabat - sahabat kesayangan El. Buat Nana, Danie dan Ieza, El sayang kalian bertiga. Best Friends Forever ya!
El bertolak pulang ke Butterworth jam 12am dengan menaiki bas 'Pancaran Matahari' (cantik betul la bas ni) dan tiba pada jam 4am. Letih tapi puas dan happy!!!

14 December 2009

Syazana dan Azhan Bertunang!





Allo all! Kelmarin dalam jam 12 tengahari, sahabat baik El, Syazana selamat bertunang dengan pilihan hatinya, Azhan. Yang paling best tentang semua ni ialah kami berempat iaitu El, Syazana, Ariza dan Adani dapat berkumpul serta menghabiskan masa bersama sambil sibuk menyiapkan hantaran Syazana. Memang best sangat. El rasa salah satu perkara istimewa dalam hidup El ialah berpeluang bertemu dan menghabiskan masa dengan 3 orang sahabat baik El ni. El benar - benar mendoakan persahabatan kami berkekalan hingga ke akhir hayat. InsyaAllah....Aminnnn.... Untuk Nana, selamat bertunang, cayang!

10 December 2009

BuSy!!!

Allo all! Sejak kebelakangan ni El sangat sibuk la dengan kuliah, exam dan tugasan sehinggalah 20 Disember nanti. Esok adalah hari lahir sahabat karib El, Syazana dan pada 13 Disember ni pula dia akan bertunang. El doakan Syazana dan Abang Azhan akan kekal bahagia bukan sahaja ke jinjang pelamin malah sehingga ke akhir hayat. InsyaAllah. El juga sedang melalui satu detik yang agak istimewa dalam hidup El sebab El sedang mengenali seseorang yang El rasakan sweet sangat. Mungkinkah dia jodoh El? Segalanya El berserah pada Allah SWT. El redha kerana El sedar diri ini mungkin tidak layak untuk berdampingan dengan insan seperti dia. El cuma boleh nyatakan yang kini El bahagia seadanya. Alhamdulillah. (^^,)

26 November 2009

Salam AidilAdha


Selamat menyambut Hari Raya AidilAdha buat semua muslimin dan muslimat. Semoga sambutan kali ini bukan saja meriah malah penuh dengan keberkatan. InsyaAllah.

22 November 2009

Majlis Kahwin Ariza & Izhar










Kelmarin, lebih kurang jam 1:30pm, El dan ibu hadir ke majlis kahwin Ariza. Masa sampai tu, hujan renyai-renyai dan El ambil keputusan untuk terus berjumpa dengan Ariza sebaik saja bersalaman dengan ibu bapa dan adik2 Ariza. Meriah la majlis Ariza! Khabarnya, majlis tersebut dilakukan secara gotong royong oleh semua penduduk kat berek polis tu. Wah, lauk pauk pun sedap belaka. Tapi El makan sepinggan je. hehehe... Sepanjang majlis, El sempat bertemu dengan sahabat2 baik El yang lain. Best sangat! Lepas la jugak rindu kat diaorang. hihihi.... Buat Ariza, El doakan Ariza dan Izhar kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Cepat2 dapat baby k. hehe... El sayang Iza!

Hafiz jadi Ben10





Pada 28 November 2009, jam 6 petang di Cartoon Network siaran Astro 616, Hafiz akan beraksi sebagai Ben10! Wah, tak sabar nak tengok Hafiz 'berlakon'. hihihihi....
photo from blog Friends of Hafiz

21 November 2009

Today, My Birthday!!!


Alhamdulillah...dah suku abad usia El! Terima kasih kepada keluarga tersayang dan sahabat - sahabat yang dikasihi atas mesej dan ucapan hari lahir yang tak putus - putus sejak semalam. hehehehe.... Wah, dah 25 tahun la! Macam tak percaya lak. Dah tua dengan pengalaman hidup selama 25 tahun. huhuhu..... El harap tahun ni berakhir dengan sesuatu yang istimewa. Seperti apa ya? Ha...itu biarlah El dengan Tuhan saja yang tahu. hihiihihi..... El juga doakan semoga tahun depan, 2010 akan menjadi tahun El menamatkan zaman bujang. InsyaAllah...segalanya akan berlaku hanya dengan izin Allah SWT. Yang penting tahun depan nak tukar imej baru! Ya, baru sebaru barunya. Setakat sini dulu.

HaPpY bIrThDaY tO mE!!!

20 November 2009

Oh, my Hafiz!







Kelakar juga rasa bila tengok separuh akhir minggu ketiga Muzik-Muzik semalam. Mana taknya, pengacara jemputan tu macam tak bersedia langsung pastu takde keserasian langsung terutama dengan pengacara wanita tetap program ni. Buang masa je la dia jadi pengacara. Takde dia lagi bagus.

Berbalik kepada my Hafiz, hehehe... dia nampak makin berisi la! pipi tembam.... dan rambut lak makin kembang... hehehehe..... hafiz...hafiz...hafiz... El sebenarnya memang minat sangat kalau hafiz maintain imej yang sedia ada ni tapi kalau bagi nampak smart lagi, lagi bagus. El teringat lak dengan rambut hafiz masa lepas dia keluar AF dulu. Memang smart ar masa tu. Soal chubby tu, El tak leh nak komen sangat...huhuhu...

Walau macam mana pun, seperti kata hafiz sebelum ni..."gemuk pun gemuk style la"....hehehe..i like! GooD LucK, hafiz for final Anugerah Juara Lagu 2009! El doakan hafiz jadi juara. Ya, terus jadi juara!
photo from blog Friends of Hafiz

17 November 2009

Best Tahap 'Gaban'!!!


Memang best!!!!!!!!!!!!!!!! Fuh, el dah tak tau nak describe macam mana lagi dah betapa bestnya menonton filem Pisau Cukur ni. "PANASSSSS....!" hehehehe...... Kelakar la dengan sikap Intan yang bagi El totally truly branded speaker! Cuma 1 saja masalah utama El tentang filem ni iaitu pakaian the all girls dalam cerita ni spesis tak cukup kain! Euw! Namun, Pisau Cukur memang sebuah filem yang menarik dan sweet terutama dari segi watak dan jalan cerita. El bagi ****** untuk filem ni. hahaha...

11 November 2009

Cerita Hari Ini...

Lagi 10 hari El akan menyambut hari kelahiran yang ke 25. Alhamdulillah...sudah suku abad usia El hidup atas muka bumi Allah SWT ni. Semoga di usia yang mendatang, El akan dapat capai semua cita - cita El. InsyaAllah.

Ok, hari ni El dah plan nak tengok wayang filem Pisau Cukur. El memang minat Fazura. Nanti El komen dan selitkan sedikit preview untuk filem ni ya. Ada juga rakan El ajak tengok filem 2012 esok tapi El rasa filem macam bukan 'taste' El la. El lebih suka menunggu tayangan Senario The Beach Boys....hehehe...

Sampai sini dulu. Tata!

28 October 2009

Kalaulah lagu ni lagu EL...hehehe....

Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan
Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan
Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin
Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas izinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta....

22 October 2009

Cloudy with a chance of Meat Balls!


Allo all! Inilah filem terkini yang baru - baru ni El tengok kat panggung. Kelakar sangat! Ada unsur komedi, kekeluargaan, cita - cita dan romantik! hehehehe.... Memang menarik. Ini antara sedutan filem...








Tengok, Jangan tak Tengok!!!


15 October 2009

La..la..la..la (^,~)

Allo all!!! Lamanya rasa tak update blog ni....cbuk la. Siapkan tugasan, buat persiapan MUET, soal kerja lagi....macam2 lagi la. Setakat ni my life...ok je....happy and Alhamdulillah. Oh ya! Sempat juga El menonton wayang seperti Jin Notti, Papadom dan Cloudy with a chance of meat balls, semuanya best dan yang paling best dan wajib tonton ialah PAPADOM. El bagi 6 bintang! Memang menarik dan terbaik la. hehehe.... Nanti El update la sikit - sikit ya. Tata!

20 September 2009

Indahnya Raya!





Allo all! Selamat Hari Raya semua!!! Walau apa pun pengalaman raya korang hari ni, el doakan agar ianya adalah antara yang terindah buat korang ya. InsyaAllah.
Pengalaman raya El tahun 2009 ni rasanya lain sikit. Nak dijadikan cerita, tahun ni El kena kerja pada malam raya. Memang kalut la sikit nak siapkan rumah untuk raya esoknya. El balik kerja jam 7 pagi, sampai saja di rumah, El tengok semua dah siap kecuali baju raya belum diseterika dan kuih raya belum dimasukkan ke dalam bekas kuih. Pada mulanya, memang El nak siapkan dulu tugas tersebut tapi tak boleh nak lawan la mata yang mula nak melekat ni. Maka El ambil keputusan untuk tidur sekejap, dalam sejam mungkin. ZZZZzzzzzz.....sedapnya nikmat tidur. Hehehe... semalaman kerja...mana boleh tidur!
Tiba - tiba terdengar suara Atuk, bertanyakan tentang duit raya untuk kanak - kanak yang bertandang raya ke rumah. Sekali celik, dah jam 10 pagi daa... El bangun dengan berbekalkan seluar track dan t-shirt serta muka sangap punya ngantuk dicampur dengan rambut 'serabai', sempat capai duit raya yang telah sedia disampulkan satu RM1, El salam raya dengan budak - budak yang datang bertandang. Selamba. Hihihii....
Jam 11 pagi baru El mandi sunat Aidilfitri, pakai baju kurung Pahang yang baru siap dijahit dan pertama kali El pakai pagi ni. Punyalah teruk tukang jahit tu. Kain baju kurung El siap kena cari pin pulak sebab terlondeh dek kerana pinggangnya besar daripada saiz sebenar pinggang El. Apa saiz pinggang El, tak payahlah susah-susah nak kisahkan. Yang penting, El nyesal!
Dah nak dekat jam 12 tengahari, barulah terhegeh-hegeh nak isi kuih dalam balang. Nasib baik la pagi ni tiada dewasa yang berkunjung ke rumah, kalau tak susah jugak. Kanak-kanak cuma nak duit raya saja, kalau ada yang advanced pun, minum air ja. Tengahari, sahabat-sahabat El dari UKM datang singgah di rumah El sebelum meneruskan perjalanan diaorang ke utara tanah air iaitu Perlis, kampung halaman diaorang. Terima kasih sebab sudi datang rumah El.
Jam beranjak ke 2:30 petang, El mula mengantuk. Nak tak nak, terpaksa El qada tidur El semalam. Macam tadi jugak, bajet kononnya nak bangun jam 4 petang, sekali terbabas lagi ke 5 petang. Terjaga saja El terus menuju ke dapur, bukan nak makan tapi nak siapkan bekal makanan buat sahabat El yang kena bekerja petang hari ni. Yelah, dia tak dapat pulang beraya ke kampung halamannya di hari raya pertama ni maka El kalau boleh nak la dia rasa happy sikit.
Selepas hantar bekal, lebih kurang jam 6 petang, Pak Su sekeluarga dan saudara mara lain bertandang ke rumah. Sibuk juga El dibuatnya. Biasa la, tuan rumah. Em, esok El dah rancang nak balik kampung dan selepas tu nak pergi rumah kawan-kawan baik yang selama ni merantau kat luar negeri (luar Pulau Pinang ar). Masa macam ni je la boleh kumpul balik macam dulu-dulu. eee...tak sabar pulak rasanya.
Setakat sini dulu la. Esok raya lagi!!!

13 September 2009

Cerita Raya Klasifikasi Wajib Tonton!

12 September 2009

CINTA!

Setiap insan pasti ada definisi tersendiri dan istimewa tentang cinta. Suatu perasaan yang universal dan subjektif. Ini adalah apa yang terisi di dalam dunia cinta Elianie Bt Mohamad ....bukan sekadar Strawberry ya!

Pertama kali aku tergugah
Dalam setiap kata yang kau ucap
Bila malam telah datang
Terkadang ingin ku tulis semua perasaan

Kata orang rindu itu indah
Namun bagiku ini menyiksa
Sejenak ku fikirkan untuk ku benci saja dirimu
Namun sulit untukku membenci

Pejamkan mata bila ku ingin bernafas lega
Dalam anganku aku berada di satu persimpangan jalan yang sulit ku pilih

Ku peluk semua indah hidupku
Hikmah yang ku rasa sangat tulus
Ada dan tiada cinta bagiku tak mengapa namun ada yang hilang separuh diriku

04 September 2009

Nak Join?


02 September 2009

Banjar!!!

Anda keturunan Banjar?
Nak tau dengan lebih terperinci tentang keturunan anda?
Jom layari laman web ini :

01 September 2009

Ramadhan Al Mubarak


Ahlan wahsahlan! Allo semua! Hari ni dah masuk hari ke 11 umat Islam berpuasa. Seronoknya bila tiba bulan Ramadhan kan. El tak pernah rasa sukar malah El sangat suka berpuasa. El ada cerita sedih dan menarik tentang 31 Ogos 2009.
Lepas sahur pagi tu, El terus bersiap pergi kerja. El kena kerja syif pagi Merdeka tu. Kerja sibuk macam biasa la. Lebih kurang jam 11 pagi, ibu menghubungi El. Khabarnya, tukang jahit baju kami dah tersilap jahit kain dengan menggunakan saiz orang lain. Ya Allah, berderau darah El menahan marah yang amat. El tak sedar bila air mata ni keluar disebabkan terlalu marah. Ibu cakap, tak pernah dalam sejarah hidup kitaorang baju raya jadi kes macam ni. Balik saja kerja, dalam keadaan yang penat, El minta ibu dan adik-adik bersiap awal sebab nak pergi beli kain baru untuk baju raya. El tunggu diaorang sampai tertidur. Dalam jam 4 petang, ibu kejut El mandi dan solat.
Lepas tu kami sekeluarga bertolak ke Pulau menaiki feri dan menuju ke bazar Chowrosta untuk mencari kain yang sama juga dengan kain raya sebelum ni. Sempat jugak la El belikan adik-adik songkok raya. Jam 6:30 petang, kami tiba di Padang Kota Lama. Di sana, kami bertolak pula secara konvoi dengan bapa, akak, abang ipar dan anak sedara El yang comel sangat menuju ke Hotel E&O untuk berbuka puasa. Adik perempuan El pula memang sedang bertugas di restoran hotel tersebut sementara bakal adik ipar El datang berasingan tetapi sempat tiba sebelum waktu berbuka. Memang best sangat! Selain daripada makanannya yang aneka jenis, famili El dapat berhimpun buka puasa sama - sama. Memang meriah sangat. Yelah, kalau tak masing - masing sibuk kerja ja kan. Selesai berbuka puasa, kami terus menuju pulang ke rumah melalui jambatan Pulau Pinang dalam keadaan kekenyangan.
Sampai saja di rumah, kitaorg terus menonton televisyen. El tak sedar bila El tertidur atas sofa dan sedar - sedar saja dah jam 2 pagi, 1hb 9. El pun apalagi terus mandi dan tukar ke baju tidur. Lepas tu sambung balik tidur dan bila sedar saja dengar ibu menjerit yang jam dah pukul 7:45 pagi. Sah! Kami tak sahur hari ini. Adik El, Azrul Naim, Tingkatan 1 pasti tak dapat pergi sekolah sementara adik bongsu, Azim Haikal, darjah 2, kena bersiap dalam masa 5 minit untuk ke sekolah. Ibu pula dah lewat ke tempat kerja. El memang cuti hari ni. hehehe.... Tepat 8:05 pagi, adik sampai ke kawasan sekolah dan ditemani ibu sehingga ke kelas. Ibu bernasib baik kerana pembantu ibu ada membantu ibu pagi-pagi lagi di kelas tabika beliau.
Em, setakat sini saja buat kali ini. Harap tak berulang lagi kes tak sahur ni. Rasanya, belum terlambat El nak ucapkan Selamat manyambut bulan kemerdekaan dan Selamat berpuasa buat semua pengunjung blog El.