CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

dunia STRAwberry

Ilmu adalah segala-galanya bagi el. Mungkin el tak segenius Einstein - Bapa Sains, seagung Al Khawarizmi - Ahli Matematik, seunggul Dr. Ahmad Zewail - Saintis Fizik atau segah JACK St.Clair Kilby - Bapa Mikrocip, tapi bagi diri el, manusia diciptakan untuk berjaya bukannya untuk gagal. Maka, hidup mesti positif yaw!

Inilah dunia el...yang el namakan Dunia Strawberry! Masam, manis, khasiat tinggi, nutrisi luar biasa malah pada zaman Yunani, Strawberry ialah lambang Dewi Cinta!

Segalanya yang ada di sini adalah gambaran sebenar siapa diri el. Inilah CINTA el.

FIKIRKAN SESUATU YANG MUSTAHIL UNTUK CIPTA SESUATU YANG TIDAK MUSTAHIL!!!

19 December 2010

29 November ~ 19 Disember





Allo all! El baru saja selesai menjalani kursus intensif sesi 2010/2011 pada 29 November sehingga 19 Disember di USM. Tahun ni tahun kedua dan kali ini El tinggal di asrama Saujana, USM dan biliknya memang lebih baik daripada asrama Indah Kembara cuma El agak gayat sikit dengan kedudukannya yang terletak di kawasan berbukit. Namun, keindahan kawasan asrama ini memang tak boleh dinafikan. Rasa macam berada di Cameron Highlands!

12 December 2010

Majlis Pernikahan Syafini & Fauzi

11 Disember 2010, adik El ~ Nursyafini Abdul Rahim selesai menjalani ijab kabul dengan suaminya Mohd Fauzi atau Ciko. Majlis pernikahan tu simple ja tapi meriah. Adik El cantik sangat bila bertudung. Banyak memori manis sepanjang majlis berlangsung. El doakan perkahwinan mereka berdua kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Majlis resepsi akan diadakan pada 23 Januari 2011. Tak sabar nak tengok suasana majlis tersebut. (^,^)

21 November 2010

26 tahun!

Alhamdulillah...syukur padaNya kerana memberi kesempatan buat El menikmati hidup selama 26 tahun ini. El akan berusaha untuk mencapai segala cita - cita El dan mengecapi setiap impian hidup El selama ini. Selamat Hari Lahir ke 26 Tahun!!!

20 November 2010

Syazana dan Azhan Berkahwin!











19 November 2010, sahabat El sejak di Darjah 1, Syazana Mohamad, telah selamat diijabkabulkan di rumahnya dengan Azhan Ahmad oleh ayah Syazana sendiri. Suasana terharu dan gembira menguasai majlis tersebut. Esoknya, 20 November 2010, Majlis Resepsi pula berlangsung di Tapak Ekspo Seberang Jaya. Meriah, sederhana dan manis. Fasha turut hadir bersama keluarga dan teman lelakinya dan bila bertemu, sempat dia jerit "Aaa...elene!". Hahaha... Itu nama timangan El yang dia reka sejak di sekolah menengah lagi. Malangnya, El tak dapat hadir ke satu lagi majlis keraian di rumah Syazana iaitu pada sebelah malamnya kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Macam manapun, El mendoakan agar sahabat kesayangan El ini berbahagia selamanya dengan cintanya. InsyaAllah, amin!

18 November 2010

Harry Potter and The Deathly Hallows part 1


Jam 11:45 pagi, El menonton filem yang dah lama El tunggu - tunggu ~ Harry Potter and The Deathly Hallows bahagian 1. Kali ni El menonton filem ini dengan perasaan yang amat berbeza. Kalau 6 filem sebelum ni, El tonton dengan perasaan yang sangat berdebar kerana El tak tahu jalan ceritanya tapi kali ni, El lebih excited sebab El dah baca buku terakhir kronologi Harry Potter tu maka El boleh nampak apa yang ada dalam buku tapi tiada dalam filem tersebut. Walau bagaimanapun, filem ini sangat menarik dengan aksi - aksi mendebarkan, emosi yang sangat menyentuh serta komedi yang selamba. El akan menonton lagi filem ini sebagai cara 'balas dendam' El, menanti filem yang durasinya 2 jam 15 minit ni selama lebih kurang 2 tahun untuk menyaksikan kesudahan kisah Harry Potter. Harry Potter and The Deathly Hallows bahagian 2 akan berada di pawagam pada Julai 2011. El dah rasa macam nak beli tiketnya sekarang! Hehehe...

25 October 2010

Hafiz Hebat!!!

05 October 2010

Lagu Cinta by Ungu

24 September 2010

Magika memang magik!

Allo all! Jam 5:15pm, 23 September 2010 lalu, El dan adik-adik pergi menonton Magika di Sunway Carnival Mall. Filem Melayu yang sangat kreatif dan menarik pernah El tonton di layar perak setakat ini. Babak yang paling El suka ialah adegan antara Puteri Gunung Ledang lakonan Ning Baizura dengan Bendahara lakonan Sabri Yunus. Kelakar A+ la. Bila teringat ja, boleh tergelak sorang-sorang tau! Lagi satu, El suka perbualan antara Bad dengan Ayu. Antara yang El ingat (lebih kurang la) ~ Ayu : "Eh, tulis nama atas tanah ni, macam orang tengah bercinta pulak,"... Bad : "Ayu, cinta tu apa?". Rasa sweet ja.
Ada jugak adegan yang El rasa 'kureng' sikit. Ketika Bad serang Nenek Kebayan kat rumah Nenek Kebayan. Nyanyi lebih, aksi entah apa-apa. Secara keseluruhannya, semuanya fantastik! El klasifikasikan MAGIKA sebagai Filem Melayu Wajib Tonton!




10 September 2010

Raya 2010!



Selamat Hari Raya 2010! Raya tahun ni El tak dapat cuti. Terkilan pun ada sebab El seorang saja yang tak dapat bercuti. Tapi El yakin ada hikmahnya. Walau bagaimanapun, El rasa seronok sangat sebab dapat jumpa ramai kanak-kanak yang datang ke rumah untuk mendapatkan duit raya. Setakat itu saja. Maaf Zahir Batin!

06 September 2010

Sedihnya...FB eL Diceroboh...

Sejak kelmarin, laman facebook El diceroboh oleh hacker entah dari mana. El rasa sedih sangat sebab hacker tu dah memalukan El dengan menukarkan gambar profile El kepada gambar yang sangat memalukan. Tak cukup itu, email dan kata laluan pun ditukar sampai El dah tak boleh langsung nak access masuk ke facebook El sendiri. El pasti ini kerja orang yang bermasalah dari segi mental kerana dia sanggup susah payah buat semua ini. El pun pelik, kenapa El yang kena ya? Mungkin juga ada orang yang sengaja nak sakitkan hati El. Ya, El memang sedang syak seseorang tapi El nak biar Allah SWT saja yang balas perbuatan khianat hacker tu. El harap hacker tu tidak mengganggu gugat hak-hak peribadi El yang lain yang ada dalam fb El tu. Apa yang pasti, El takkan berputus asa untuk dapatkan semula facebook El. Takkan sama sekali!!!

24 August 2010

One Time (Acoustic) by Justin Bieber

10 August 2010

Semoga dimakbulkan...InsyaAllah...(^^,)


05 August 2010

Aktiviti Ramadhan eL ~ Kurma, Apricot dan Chocodate

Allo all! Bulan Ramadhan ni, El akan menjual produk - produk keluaran Yusuf Taiyoob iaitu Kurma Madu, Apricot dan Chocodate. El akan repacking produk - produk ni kepada saiz yang lebih kecil dan akan dijual di kantin hospital, tempat El bekerja. Simple je dulu...hihihi...



26 July 2010

Kita Bersaudara by KRU...Love It!

27 June 2010

25 Jam - Sehari!

Allo all! Pada 26 Jun 2010, El berjalan - jalan di Taiping dengan Cik Apis. El bertolak ke Bagan Serai - rumah Cik Apis pada jam 9:35am dan tiba di sana sejam kemudian. Selepas bersarapan di rumah Cik Apis, kami terus ke Zoo Taiping. Dah lama El tidak ke sana. Excited! Kami juga singgah di Taiping Sentral dan ada Pameran Kraf kat sana. Memang menarik la. Selepas itu, kami terus ke rumah keluarga Adani yang baru iaitu di Sungai Bakap. Memandangkan El tak biasa dengan kawasan tersebut, El mengajak Cik Apis untuk menemani El. Takut sesat sebenarnya. El rasa seronok sangat dapat bermain dengan Safiya Khadijah dan dapat tengok Safuan Ehsan yang baru lahir pada 9 Jun 2010. Comel betul anak-anak Adani. Jam 9:30pm, El minta diri dan hantar Cik Apis pulang sebelum El kembali ke Seberang Jaya dan tiba sekitar jam 11pm. Satu hari yang panjang dan istimewa. (^,~)















24 June 2010

Pagi Yang Indah...(^_^)

Allo all! Pagi ni El dikejutkan oleh panggilan Cik Apis. Cik Apis terlepas hentian Parit Buntar dan diturunkan di Stesen Bas Sungai Nibong, Pulau Pinang gara - gara tertidur. Kesian Cik Apis, terpaksa tunggu El hampir 1 jam 30 minit sebab El kena hantar ibu ke tempat kerja dan adik -adik ke sekolah, ditambah pula dengan kesesakan di jambatan Pulau Pinang. Maaf ya Cik Apis. El berkesempatan melawat kampung Cik Apis hari ni. Selepas makan Nasi Lemak yang sedap, Cik Apis ajak El jalan - jalan di belakang rumah Cik Apis yang ada sawah padi dan macam - macam jenis pokok. Memang seronok sangat! Macam kata Cik Apis - "pagi yang indah"...(^,^)